• Home
  • Photography Blog
  • Pakej 2012
  • Contact Us
  • About Me



Destinasi Bulan Madu – Hard Rock Hotel Penang

 Posted on September 10, 2012      by admin
 0
  • Tweet
  • Sharebar
  • Tweet

Selalu asyik cerita pasal fotografi aje, hari ni kita ubah topik sikit ya. Tapi takde la lari jauh pun dari tujuan asal blog ini iaitu memberi informasi kepada bakal-bakal pengantin beserta dengan fotografi.

Jadi pada kali ini kita akan tinjau destinasi untuk pengantin berbulan madu. Tempatnya taklah jauh sangat – seberang laut jugak – iaitu di Pulau Pinang. Destinasi yang saya maksudkan ialah Hard Rock Hotel di Batu Ferringhi. Mula dibuka pada Sep 2009, hotel ini akan menyambut ulang tahunnya yang ke-3 pada 16 September 2012.

Hotel ini mempunyai 250 bilik dengan gaya kontemporari. Hard Rock Hotel sepertimana yang diketahui begitu sinonim dengan tema muzik dan hiburan. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan wi-fi, Ipod docking dan skrin LCD 32 inci.  Bilik tidurnya memang selesa dan mewah. Cuma kena berhati-hati dengan konsep bilik mandinya. Cermin bilik mandi boleh dibuka dari luar, jadi room mate anda boleh aje buka dan tengok anda mandi anytime!

Hiasan dalaman hotel ini baik di bilik tidur, balkoni, restoran mahu pun lobi hotel dipenuhi dengan memorabilia dan imej ikon-ikon muzik.

Dari segi hiburan pula anda tak akan sunyi kerana terdapat  dua venue live music yang berasingan di waktu malam. Hard Rock Cafe menyajikan live band yang agak kontemporari dan lebih berat. Sementara di lobi Hard Rock Hotel pula menyediakan satu lagi live band yang lebih ringan dan santai konsepnya.

Kalau nak cerita panjang memang lambat lagi nak habis ni. Apa-apa pun Hard Rock Hotel Penang merupakan satu destinasi tempatan yang sesuai untuk bulan madu. Untuk informasi tentang rate dan juga tempahan sila lawati link ini.

Kalau cakap aje mungkin susah nak bayangkan betul tak, so apa kata kita tengok foto.

Yummy!!

Beatles

The beach front

Ferringhi beach

Rooms with direct access to swimming pool

Room with direct access to swimming pool – inside view

Its me!

 

 

Leave a Reply





  Cancel Reply

  • ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

  • Looking for something?

  • Recent Posts

    • Majlis Perkahwinan Atiqah & Norazman
      Dah agak lama takde posting baru di page ini kerana kesibukan yang melampau. Kali...
    • Fotografer Perkahwinan Masuk Penjara?
      Gempak tak tajuk tu? Itu bukan aksi atau skrip dalam filem. Bukan cobaan! Tapi betul-betul....
    • Festival Filem Malaysia ke 25
      Tarikh 2 March 2013 baru-baru ini berlangsungnya Malam Anugerah Festival Filem Malaysia...
    • 10 Idea Unik Untuk Perkahwinan 2013 - Berani ke?
      Menganjurkan satu majlis perkahwinan yang akan dikenang oleh semua yang hadir adalah...
    • Akad Nikah Hafizah & Farhan di Masjid Besi, Putrajaya
      Dalam posting yang lalu ada saya paparkan tentang keindahan Masjid Tuanku Mizan...
    • Fotografi Bertandang Amin & Nadia di Temerloh
      Pada penghujung 2012 saya sekali lagi mendapat tugasan untuk merakamkan foto perkahwinan...
    • Masjid Besi, Putrajaya
      Pada penghujung tahun 2012 saya sekali lagi berkesempatan untuk memenuhi satu assignment...
    • Aniza, Varghese & Partners 1st Anniversary Dinner
      Ada yang ingat saya cuma hanya cover fotografi untuk majlis-majlis perkahwinan sahaja....
    • Fotografi Perkahwinan - Majlis Bertandang Armi & Afiza
      Kali ini sekali lagi saya mendapat job fotografi perkahwinan di negeri Melaka. Lokasinya...
    • Etiqa Annual Dinner 2013 - Rock Solid
      Baru-baru ini saya berpeluang untuk menghadiri Majlis Makan Malam 2013 Etiqa Insurans...
  • Archives

  • Categories

  • Popular Posts

    • Warna Tema Perkahwinan
        Warna tema perkahwinan merupakan satu perkara yang paling penting bagi...
    • Fotografi - Kegunaan Roda Warna Dalam Fotografi
          Foto yang cantik banyak terhasil dari kombinasi warna kena...
    • Wedding Photography - Promosi Happy Sakan - Special Offer 2012 (03)
      Harga pakej fotografi kahwin kami memang dah murah. Namun begitu kami masih...
    • Wedding Photography - Mid 2012 Special Package
      Agak lama saya mengambil masa untuk design special package wedding photography ini....
    • Peranan Daun Sirih Dalam Adat Perkahwinan Melayu
      Saya pasti jika anda pergi ke majlis perkahwinan mahu pun pertunangan masyarakat...
  • Label

    adat album bertandang bridal candy bar Canon diskaun fantasi fotografer fotografi Gopeng hantaran hotel jurugambar jurusolek kahwin kamera keretapi konsep kuala lumpur low key majlis malaysia melayu Mizs Chainy nikah outdoor pelamin pengantin perkahwinan pertunangan photographer photography props Putrajaya Senawang Seremban solekan stesen tasik tema Temerloh tips warna wedding


  • My Recent Flickr Image





Any queries on photography package contact me at 017-3749707 or 016-3937067