Tips Perkahwinan: 7 Cara Memahami Konsep Warna Pastel


Pada tahun 2012 saya telah menjadi official photographer untuk beberapa perkahwinan dan juga pertunangan. Dari apa yang saya perhatikan memang benar pada 2012 ini trend warna perkahwinan pada tahun ini lebih terarah kepada warna-warna pastel.

 

Warna pastel? Warna macam mana tu? Dulu saya pun seperti anda juga, sering tertanya-tanya bila disebut warna pastel. Tapi sekarang saya dah pun faham konsepnya.

 

Ada beberapa cara untuk kita memahaminya seperti berikut:

 

  1. Warna pastel secara amnya adalah merujuk kepada warna-warna yang agak pudar atau kusam.
  2. Warna pastel adalah warna-warna pucat.
  3. Cuba bayangkan warna pastel terhasil dari warna-warna biasa yang dicairkan hingga warna asalnya yang gemilang itu hampir hilang.
  4. Warna pastel adalah warna yang terhasil apabila warna biasa dicampur dengan warna putih.
  5. Warna pastel adalah warna-warna belacan. Cuba bayangkan belacan berwarna merah, belacan coklat, belacan hijau, belacan biru (ini cuma imaginasi saya ;-) … anda akan dapat bayangkan warna-warna tersebut yang pudar.
  6. Warna pastel adalah apa-apa saja warna dengan versi yang lebih lembut.
  7. Warna pastel boleh dihasilkan dari apa-apa saja tona warna – biru, merah, hijau, ungu, kuning, coklat, hitam dan sebagainya – campurkan saja warna tersebut dengan putih.

 

Mudahkan? Cuba lihat contoh di bawah ini. Petak yang pertama (Color 1) adalah warna-warna asal. Ia kemudian diadun dengan warna putih menggunakan photoshop. Dari itu terhasilah warna-warna pastel.

 

Warna 1

Warna 1

 

Warna Pastel

Warna Pastel

 

Kalau dah faham bolehlah kongsikan link ini dengan rakan-rakan anda. Cuma klik butang sharing di bawah. Semuanya FREE of charge.


Comments (1)