Jika anda perhatikan di dalam sesuatu majlis perkahwinan mahu pun pertunangan pastinya anda akan sering melihat pengantin perempuan dibekalkan dengan bunga tangan atau orang putih panggil hand bouquet. Selain dari elemen-elemen pada pakaian anda, perhatian harus juga diberikan kepada bunga tangan ini kerana ianya memainkan peranan yang amat besar pada […]
Tag Archives: perkahwinan
Semasa membuat fotografi perkahwinan Saiful & Ainoor di Senawang saya turut berkesempatan meneliti persiapan yang dilakukan oleh mereka di rumah pengantin. Nampaknya mereka amat teliti dalam membuat persiapan baik dari segi warna, hiasan dan juga kelengkapan dihari perkahwinan mereka. Pada malam akad nikah mereka menggunakan pelamin mini yang ringkas […]
Ini adalah liputan hari kedua saya di Senawang sebagai jurugambar majlis perkahwinan antara Saiful Hisham & Ainoor. Majlis sepertimana juga akad nikah pada hari sebelumnya diadakan di rumah pengantin perempuan. Mengekalkan jurusolek yang sama, pada hari ini kedua mempelai mengenakan warna tema pastel – baju dengan warna krim. Bagi […]
Di dalam sesuatu upacara akad nikah atau ijab kabul seperkara yang wajib diadakan dari segi hukum syarak adalah mas kahwin. Mas kahwin merupakan pemberian dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan semasa akad nikah dijalankan. Mas kahwin hendaklah dilunaskan dalam bentuk samada wang tunai, hutang, cagaran atau sesuatu benda yang boleh […]
Dalam beberapa hari lagi banyaklah majlis-majlis perkahwinan yang akan diadakan dimerata-rata tempat. Bagi yang telah menerima jemputan tu diharap dapatlah memenuhi undangan rakan-rakan dan juga saudara-mara. Kehadiran anda ke majlis mereka sesungguhnya amatlah diharapkan. Bagi yang ada hal lain dan tak dapat hadir apa salahnya jika dapat menghubungi mereka […]
Saya ada menerima beberapa pertanyaan tentang contoh layout album perkahwinan yang dikeluarkan. Ada yang dah saya jemput datang ke Damansara untuk melihat sendiri contoh tersebut dengan mata kasar. Kepada yang dah datang dan lihat sendiri terima kasih saya ucapkan. Ada jugak yang datang terus book. Maka setinggi-tinggi terimakasih juga […]
Saya pasti jika anda pergi ke majlis perkahwinan mahu pun pertunangan masyarakat Melayu anda pasti akan melihat sirih junjung di dalam majlis tersebut. Ianya merupakan sesuatu yang tidak akan ditinggalkan dan menjadi satu perkara yang wajib. Dulu saya tidak begitu perasan akan hal ini, tetapi semenjak bergiat dalam bidang fotografi […]
Akhirnya pada hujung minggu baru-baru ini berlangsung majlis persandingan dua orang anggota kumpulan Elite secara serentak. Majlis telah diadakan di Bangi. Watie bersama pasangannya Joey yang juga seorang penyanyi dan pelakon manakala Azza pula memilih seorang pramugara bernama Azlan. Saya bukanlah Official Photographer pada hari tersebut, dan saya tak […]
Baru-baru ini saya ada post tentang hantaran perkahwinan unik yang berupa sebiji bola bowling. Kemudian saya teringat pula pada satu majlis perkahwinan ditahun 2011 dimana satu hantaran yang agak unik juga diadakan. Hantaran tersebut berupa sebuah gitar elektrik yang dihadiahkan oleh pengantin perempuan kepada pengantin lelaki. Pengantinnya saya ingat lagi ialah […]
Sudah jumpa idaman hati? Dah ambil keputusan untuk berkahwin dengannya? Nak terus melamar ke? Sabar. Tunggu dulu. Masyarakat Melayu penuh dengan adat istiadat berkaitan dengan perkahwinan. Adat istiadat ini seboleh-bolehnya eloklah dipelihara untuk mengekalkan identiti bangsa kita. Oleh itu pada kali ini saya akan mengupas sedikit sebanyak tentang adat […]