Musim Kahwin Akan Bermula Lagi
Dalam beberapa hari lagi banyaklah majlis-majlis perkahwinan yang akan diadakan dimerata-rata tempat. Bagi yang telah menerima jemputan tu diharap dapatlah memenuhi undangan rakan-rakan dan juga saudara-mara. Kehadiran anda ke majlis mereka sesungguhnya amatlah diharapkan. Bagi yang ada hal lain dan tak dapat hadir apa salahnya jika dapat menghubungi mereka sekurang-kurangnya melalui telefon untuk memberitahu ketidakhadiran anda.
Bagi tuan rumah pula tentunya sedang tak lena tidur memikirkan banyak lagi hal yang belum dibereskan. Risau memikirkan ramai ke yang akan hadir, cukup ke tidak kemah, makanan yang ditempah mencukupi ke, sedap ke lauknya, cenderamata untuk tetamu dah siap ke dan macam-macam lagi.
Bagi pasangan pengantin pula tentunya berdebar-debar menanti hari. Kata orang waktu ni darah tengah manis. Jadi kurang-kurangkanlah aktiviti luar. Bakal pengantin lelaki tentu sedang sibuk menghafal lafaz nikah. Tentu juga sedang sibuk menghafal jawapan bagi soalan-soalan yang mungkin akan dikemukakan oleh tok kodi. Soalan yang lazim ialah rukun nikah dan bacaan Al-Fatihah. Ada juga jurunikah yang akan bertanya soalan seperti bacaan Qunut, Tahiyat dan sebagainya. Apa pun sebagai orang Islam kita sepatutnya sentiasa bersedia.
Bagi si perempuan pula tentunya banyak memikirkan tentang hal-hal yang lebih detail. Baju nikah, baju sanding, nak pegi spa, facial, hiasan bilik tidur, set rambut, henna tangan. Fuh,,… bahkan ada yang sehingga naik jerawat memikirkan hal ini. Apa pun pastikan tidur dan rehat yang mencukupi. Jangan nanti ketika naik pelamin anda kepenatan dan tak bermaya, tumbuh jerawat baru. Kerunsingan juga boleh menyebabkan berat badan naik – takut nanti tak muat pulak baju yang telah disewa atau tempah.
Orang yang jadi tetamu juga tak kurang hebatnya persiapan mereka. Nak cari baju ikut warna tema perkahwinan, nak set rambut, beli tudung di Aryani, beli hadiah pengantin dan sebagainya. Apa pun para tetamu yang hadir datanglah dengan ikhlas. Janganlah nanti balik dari kenduri pukul canang sana-sini kata lauk tak sedaplah, pelamin tak cantiklah, make up tak cun lah, majlis tak meriahlah dan macam-macam berita yang tak elok semata-mata.
Dan bagi jurufoto perkahwinan macam kami, inilah waktu yang sibuk memenuhi tempahan yang telah dibuat berbulan-bulan lamanya. Sepanjang musim perkahwinan ini saya sendiri akan berada di tempat-tempat berikut:
- 26 May – Masjid KLCC (Nikah) & Wisma Sejarah (Resepsi)
- 26 May – Kota, Negeri Sembilan (Nikah)
- 27 May – Kota, Negeri Sembilan (Resepsi)
- 2 Jun – Bukit Goh, Kuantan
- 3 Jun – Puncak Alam
Manakala dari 7 hingga 9 Jun pula saya akan berada di Cameron Highland. Tapi ini bukan untuk wedding photography, cuma untuk bercuti dengan keluarga. Saya memang dah set untuk tidak menerima apa-apa job untuk minggu terakhir cuti sekolah untuk meluangkan masa dengan keluarga. Maaf untuk beberapa pengantin yang terpaksa saya tolak untuk tempahan.
Jadi diucapkan Selamat Makan Nasi Minyak untuk semua. Bagi yang memandu jauh berhati-hati di jalanraya.