Perkahwinan Azza, Watie Elite dan pasangan masing-masing
Akhirnya pada hujung minggu baru-baru ini berlangsung majlis persandingan dua orang anggota kumpulan Elite secara serentak. Majlis telah diadakan di Bangi.
Watie bersama pasangannya Joey yang juga seorang penyanyi dan pelakon manakala Azza pula memilih seorang pramugara bernama Azlan. Saya bukanlah Official Photographer pada hari tersebut, dan saya tak pun pergi ke majlis tersebut. Namun ada beberapa rakan-rakan saya yang mendapat jemputan dan hadir pada majlis tersebut.
Apa yang saya nak sentuh pada kali ini bukanlah tentang majlis resepsi tersebut. Tapi saya nak backtrack sikit tentang majlis akad nikah Watie dan Joey. Seperti yang saya dengar dalam radio pagi tadi, kedua mereka ini telah pun menikah pada 22 Disember 2011. Dah agak lama jugak tu. Sebelum ni, status mereka ini menjadi tandatanya dikalangan peminat dan juga media tempatan. So sekarang dah terjawablah segala teka-teki tersebut.
Saya ingat lagi Watie dan Joey ada datang semasa saya cover majlis resepsi Azlyn dan Roslan di Dewan Taman Tun Dr Ismail pada 1 Jan 2012. Ketika di majlis tersebut memang tidak diketahui status mereka. Mungkin kawan-kawan terdekat dah tau kot. Tapi saya masih ingat lagi, kedua-dua mereka memang nampak sangat gembira pada hari tersebut. Patutlah pun, pada ketika itu mereka baru lebih kurang seminggu bergelar suami isteri.
Di sini saya kongsikan beberapa keping gambar mereka semasa majlis resepsi Azlyn dan Roslan pada 1 jan 2012 iaitu lebih-kurang seminggu setelah menjadi suami isteri.
Full profile saya boleh dilihat di FLICKR. Jadilah orang pertama berkongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda melalui butang sharing di bawah: