Fotografi Majlis Resepsi Saiful Hisham & Ainoor
Ini adalah liputan hari kedua saya di Senawang sebagai jurugambar majlis perkahwinan antara Saiful Hisham & Ainoor. Majlis sepertimana juga akad nikah pada hari sebelumnya diadakan di rumah pengantin perempuan.
Mengekalkan jurusolek yang sama, pada hari ini kedua mempelai mengenakan warna tema pastel – baju dengan warna krim. Bagi pengantin perempuan, apa yang saya lihat kombinasi warna krim yang dihias warna pastel seakan pink begitu kena dan menarik sekali. Baju disulam penuh pada lengan. Pada bahagian pinggang dihias dengan riben besar berwarna pink. Bahagian kaki gaun juga diletakkan lilitan pink. Pengantin perempuan juga mengenakan sepasang kasut pink. Pelengkapnya adalah bunga tangan dengan kombinasi dua warna yang cukup sesuai dengan baju krim yang dipakai. Bravo! Saya cukup suka dengan kombinasi warna ini. Lembut tapi menarik.
Seperti biasa majlis dimulakan dengan jamuan makan sementara menunggu ketibaan pengantin lelaki. Sebaik tiba, kedua mempelai terus dibawa ke meja santapan untuk acara makan beradab. Selepas itu barulah mereka ke pelamin untuk acara merenjis yang disempurnakan oleh kedua ibubapa dan juga saudara terdekat. Ini diikuti dengan acara bergambar dengan pengantin.
Selesai saja acara di rumah kami terus mencari lokasi untuk outdoor photoshoot. Destinasi kali ini adalah Wisma Negeri di Seremban. Lokasi ini memang cukup popular bagi pengantin di sekitar Seremban. Tidak hairanlah semasa kami tiba ada 4 hingga 5 pasangan pengantin sedang menjalankan photoshoot. Wisma Negeri adalah sebuah bangunan lama dengan rekabentuk British yang tidak lagi digunakan. Keseluruhan bangunan luar dan dalam berwarna putih. Saya difahamkan bangunan ini mungkin akan dijadikan muzium oleh kerajaan negeri.
Kami mengadakan sesi photoshoot hampir 90 minit di situ sebelum menutup tirai fotografi perkahwinan hari itu dengan rasa puas. Kalau saya ke Seremban lagi pasti saya akan memilih lokasi ini lagi dimasa akan datang. Saya memandu balik ke KL dalam kepenatan tapi amat gembira dengan hasil kerja kali ini.
Dan seperti biasa di sini saya kongsikan hasil photoshoot pengantin untuk hari tersebut. Jika anda berminat dengan hasil ini silalah hubungi saya di Pixelworks Damansara di 017-3749707 atau 016-3937067. Kami juga menawarkan pakej cinematografi di Pixelworks Shah Alam (012-2224307).
Jurugambar dan editor: Nik Hamidi, Pixelworks Damansara
Tel: 017-3749707 / 016-3937067
Anda dialu-alukan berkongsi posting ini dengan rakan-rakan di FB atau Twitter melalui butang share di bawah.