Hantaran Kahwin Unik – Gitar
Baru-baru ini saya ada post tentang hantaran perkahwinan unik yang berupa sebiji bola bowling. Kemudian saya teringat pula pada satu majlis perkahwinan ditahun 2011 dimana satu hantaran yang agak unik juga diadakan. Hantaran tersebut berupa sebuah gitar elektrik yang dihadiahkan oleh pengantin perempuan kepada pengantin lelaki.
Pengantinnya saya ingat lagi ialah Nurizdihar Datuk Abdul Gani dan juga pasangannya Azam. Majlis akad nikah diadakan di rumah pengantin perempuan. Acara persandingan pula telah diadakan di Putra World Trade Center (PWTC), Kuala Lumpur.
Berbalik kepada hantaran tadi, ia merupakan sebuah gitar elektrik berjenama Hamer dengan badan berwarna merah sunburst. Sekali tengok macam gitar PRS Carlos Santana pulak. Sebagai barang hantaran, gitar ini diletakkan di dalam hardcase hitam dan dihias dengan bunga-bunga lagi. Gempak betul!
Pengantin lelaki ni, Azam, memang aktif dalam seni rupanya. Dia merupakan penyanyi untuk sebuah band yang aktif dalam gig sekitar KL. Pada malam resepsi beliau siap nyanyi lagu Sampai Syurga (Faizal Tahir). Boleh tahan jugak suaranya. Tak padan kecik.
Walau apa pun hantaran kahwin mereka ni memang best lagi unik. Semoga selepas kahwin, gitar tu tak mengumpul habuk je ya.
Jadilah orang pertama berkongsi artikel ini dengan rakan anda melalui butang di bawah: