Pada tahun 2012 saya telah menjadi official photographer untuk beberapa perkahwinan dan juga pertunangan. Dari apa yang saya perhatikan memang benar pada 2012 ini trend warna perkahwinan pada tahun ini lebih terarah kepada warna-warna pastel. Warna pastel? Warna macam mana tu? Dulu saya pun seperti anda juga, sering tertanya-tanya […]
Category Archives: Tips Majlis Perkahwinan
Jika anda perhatikan di dalam sesuatu majlis perkahwinan mahu pun pertunangan pastinya anda akan sering melihat pengantin perempuan dibekalkan dengan bunga tangan atau orang putih panggil hand bouquet. Selain dari elemen-elemen pada pakaian anda, perhatian harus juga diberikan kepada bunga tangan ini kerana ianya memainkan peranan yang amat besar pada […]
Semasa membuat fotografi perkahwinan Saiful & Ainoor di Senawang saya turut berkesempatan meneliti persiapan yang dilakukan oleh mereka di rumah pengantin. Nampaknya mereka amat teliti dalam membuat persiapan baik dari segi warna, hiasan dan juga kelengkapan dihari perkahwinan mereka. Pada malam akad nikah mereka menggunakan pelamin mini yang ringkas […]
Inai disapu di jari tandanya mesra Memberitahu hai dikau sudah berpunya Merah bercahaya bibirnya penuh bermakna Di jari manisnya tersarung cincin permata Itulah antara lirik lagu Inai di Jari yang pernah dipopularkan oleh penyanyi 60an S. Jibeng. Lagu tersebut begitu sinonim dengan majlis perkahwinan. Begitulah juga halnya […]
Di dalam sesuatu upacara akad nikah atau ijab kabul seperkara yang wajib diadakan dari segi hukum syarak adalah mas kahwin. Mas kahwin merupakan pemberian dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan semasa akad nikah dijalankan. Mas kahwin hendaklah dilunaskan dalam bentuk samada wang tunai, hutang, cagaran atau sesuatu benda yang boleh […]
Semasa saya melakukan tugasan fotografi untuk majlis pertunangan Norehan di Gopeng baru-baru ni satu perkara yang menarik perhatian saya ialah tentang banyaknya jumlah hantaran daripada pihak perempuan. Lalu saya pun cuba-cubalah bertanya nak dapatkan kepastian berapa jumlah hantaran yang akan diberi. Jawapan yang saya dapat ialah di sana mereka […]
Saya pasti jika anda pergi ke majlis perkahwinan mahu pun pertunangan masyarakat Melayu anda pasti akan melihat sirih junjung di dalam majlis tersebut. Ianya merupakan sesuatu yang tidak akan ditinggalkan dan menjadi satu perkara yang wajib. Dulu saya tidak begitu perasan akan hal ini, tetapi semenjak bergiat dalam bidang fotografi […]
Baru-baru ini saya ada post tentang hantaran perkahwinan unik yang berupa sebiji bola bowling. Kemudian saya teringat pula pada satu majlis perkahwinan ditahun 2011 dimana satu hantaran yang agak unik juga diadakan. Hantaran tersebut berupa sebuah gitar elektrik yang dihadiahkan oleh pengantin perempuan kepada pengantin lelaki. Pengantinnya saya ingat lagi ialah […]
Sudah jumpa idaman hati? Dah ambil keputusan untuk berkahwin dengannya? Nak terus melamar ke? Sabar. Tunggu dulu. Masyarakat Melayu penuh dengan adat istiadat berkaitan dengan perkahwinan. Adat istiadat ini seboleh-bolehnya eloklah dipelihara untuk mengekalkan identiti bangsa kita. Oleh itu pada kali ini saya akan mengupas sedikit sebanyak tentang adat […]
Untuk kali ini saya akan menyentuh tentang Candy Bar yang semakin popular di majlis-majlis perkahwinan sekarang. Trend ini kalau mengikut pengetahuan saya berasal dari barat. Negara mana saya kurang pasti. Biasanya candy bar ini disediakan untuk majlis-majlis keraian seperti hari jadi, perayaan, hari keluarga dan tidak ketinggalan untuk majlis […]