12 Contoh Candy Bar Untuk Majlis Perkahwinan
Untuk kali ini saya akan menyentuh tentang Candy Bar yang semakin popular di majlis-majlis perkahwinan sekarang. Trend ini kalau mengikut pengetahuan saya berasal dari barat. Negara mana saya kurang pasti. Biasanya candy bar ini disediakan untuk majlis-majlis keraian seperti hari jadi, perayaan, hari keluarga dan tidak ketinggalan untuk majlis perkahwinan.
Candy bar ini biasanya berupa meja yang dihias cantik dan diatasnya diletakkan pelbagai aneka gula-gula, coklat dan juga aneka candy yang berwarna-warni. Ada juga yang menyediakan chip coklat atau cookies ala-ala Famous Amos, lolipop, marshmallow, popcorn dan juga cottoncandy. Candy bar ini biasanya akan dihias mengikut warna tema majlis perkahwinan itu sendiri iaitu dari segi pemilihan warna lapik meja, reben, bahkan warna-warna candy itu sendiri. Dengan sifatnya yang sedemikian maka sudah tentulah candy bar ini menjadi tempat tumpuan utama kanak-kanak di dalam sesuatu majlis.
Maka itu, tidak hairanlah penyediaan satu sudut candy bar di majlis perkahwinan semakin mendapat tempat di Malaysia sekarang. Siapa dan bila trend ini mula diadakan tidaklah diketahui. Kalau ada sesiapa yang tau silalah komen ya.
Untuk memberikan sedikit gambaran dan idea bagaimana nak menyediakan candy bar ini saya telah melakukan sedikit penyelidikan. Hasilnya inilah dia 12 contoh candy bar menarik yang saya temui. Semoga dapat dijadikan panduan bagi anda menyediakan candy bar sendiri.
Tapi kalau ada bajet yang berlebihan boleh juga sediakan candy bar yang gempak macam di bawah ni. Meleleh lah air liur kanak-kanak di hari perkahwinan anda nanti dengan candy bar ini.
Apa lagi? Kongsilah artikel ini dengan rakan-rakan anda dengan klik butang di bawah ya: