Dalam kehidupan kita ini, walau apa pun yang kita lakukan pastinya kita tak akan dapat memuaskan hati semua pihak. Begitulah juga dalam majlis perkahwinan. Pasti banyak cakap belakang-belakang yang berbunyi. Pasti banyak suara-suara sumbang. Pasti ada pengulas-pengulas dan pengkritik-pengkritik tak bertauliah yang bercakap. Berikut adalah antara dialog-dialog sumbang yang pasti […]
Category Archives: Tips Majlis Perkahwinan
Walaupun saya adalah jurugambar perkahwinan, tetapi saya menerima banyak email dari pengunjung-pengunjung blog saya tentang warna tema dan juga konsep pelamin. Salah satu soalan yang saya terima adalah berkenaan dengan pelamin rustik. Apakah itu pelamin rustik? Rustik atau dalam Bahasa Inggeris dieja sebagai Rustic diterjemahkan oleh dictionary.reference.com sebagai: of, relating […]
Di dalam setiap upacara pertunangan mahupun perkahwinan cincin merupakan satu simbol yang paling penting. Saya pun tidak begitu tahu tentang sejarahnya tetapi jika kita lihat ianya merupakan sesuatu yang universal. Di negara kita misalnya, cincin menjadi simbol perkahwinan untuk orang Melayu, Cina mahupun India. Dari segi keagamaan pula ianya turut […]
Sepanjang menyediakan khidmat sebagai jurugambar perkahwinan di Kuala Lumpur dan juga kawasan-kawasan lain sering kali saya melihat pulut kuning menjadi salah satu elemen penting dalam majlis-majlis perkahwinan mahu pun pertunangan. Selain dari itu ia turut disediakan juga dalam beberapa majlis cukur jambul, akikah dan juga berkhatan. Pulut kuning diperbuat daripada […]
Semasa saya kecik-kecik dulu teringat lagi kalau mak dan ayah pergi ke kenduri orang kahwin apa yang paling menyeronokkan ialah bila dapat cenderamata dari keluarga pengantin. Pada zaman tersebut cenderamata memang berupa telur rebus. Berebut-rebutlah kami […]
Menganjurkan satu majlis perkahwinan yang akan dikenang oleh semua yang hadir adalah menjadi impian setiap orang. Lumrah manusia pula, mereka tentunya akan mengingati sesuatu yang luar biasa dan jarang ditemui. Agaknya apakah impian dan idea anda untuk majlis perkahwinan anda nanti? Kelainan boleh dibuat dalam pelbagai aspek. Antaranya dari segi […]
Kita sekarang sudah pun memasuki suku terakhir 2012. Cepat benar masa berlalu rasanya. Tak lama lagi akan bermulalah cuti penggal terakhir persekolahan. Bagi jurugambar perkahwinan inilah tempoh yang paling sebok setiap tahun. Apa tidaknya memang menjadi kebiasaan tempoh cuti sekolah yang panjang ini menjadi waktu kegemaran ramai untuk mengadakan kenduri-kendara […]
Di Malaysia ada 2 jenis resepsi perkahwinan yang biasa dijalankan. Yang pertama dan sering diadakan adalah jenis buffet yang mana tetamu datang dan mengambil makanan mereka sendiri dan akan duduk di meja secara bebas. Yang kedua adalah resepsi dengan cara makanan terhidang di meja (table serve). Resepsi jenis pertama adalah […]
Sudahkah anda memilih tarikh perkahwinan anda? Jika belum tentunya anda sedang tercari-cari tarikh pilihan. Untuk memilih tarikh perkahwinan terutamanya tarikh akad nikah bukanlah semudah yang disangka. Ada faktor-faktor tertentu yang perlu diambil kira sebelum menetapkan sesuatu tarikh. Apatah lagi ianya melibatkan kaum keluarga di kedua-dua belah pihak. Antara faktor-faktor yang […]
Apakhabar anda semua? Diam tak diam kita sudahpun berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia. Bagi jurugambar perkahwinan bulan Ramadhan merupakan bulan berehat dari aktiviti fotografi. Biasanya waktu yang terluang digunakan sepenuhnya untuk membereskan kerja-kerja editing dan mengemaskini fail-fail. Inilah juga waktu yang sesuai untuk menghantar peralatan fotografi bagi diservis. Agaknya tentu ramai yang […]