Yunnan Exploration Day 3 Part 1
Hari ke-3 mungkin adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan ahli rombongan. Sebaliknya ia juga mungkin hari yang tidak mahu dilalui oleh sebahagian yang lain. Seperti yang dirancang hari ini kami akan ke Jade Dragon Snow Mountain (JDSM). Ia juga dikenali sebagai Yulong Snow Mountain yang terletak kira-kira 15km ke utara Lijiang.
Ia merupakan salah satu gunung salji terkenal di China dengan ketinggian mencecah sehingga 5596 meter dari aras laut. Ia dirancang pada hari ketiga bagi membolehkan kami acclimatized dengan cuaca dan ketinggian di Lijiang. Persiapan sebenarnya telah bermula pada hari kedua apabila tour guide menyarankan kami untuk mengambil sejenis minuman herba China sebanyak tiga kali sehari pada hari kedua, ketiga dan keempat. Khasiatnya adalah untuk mengurangkan mountain sickness.
Apa yang kelakarnya ketika di dalam bas pemandu pelancong tempatan memberitahu kami untuk meminum `liquor’ tersebut! Maka ada beberapa orang di dalam rombongan tertanya-tanya,”Takkan nak naik gunung kena minum liquor?”. Akhirnya kami mendapat penjelasan bahawa apa yang cuba disampaikan adalah meminum `liquid’, bukannya liquor.
Selain itu kami juga disarankan membawa tabung oksigen bersaiz kecil untuk kegunaan peribadi. Satu untuk setiap orang. Ini adalah untuk bantuan pernafasan kerana tahap oksigen yang sangat nipis pada ketinggian pergunungan tersebut.
Bas membawa kami ke stesen kereta kabel seawal jam 7 pagi. Ini bagi mengelakkan kesesakan yang bakal berlaku jika kami tiba lewat. Stesen bawah ini adalah pada paras 3356 meter. Kereta kabel membawa kami ke paras 4506 meter. Setibanya di paras 4506 sudah ada beberapa ahli rombongan yang berasa kurang selesa lantaran kekurangan oksigen dan juga tekanan. Bagi yang masih okay termasuk saya perjalanan diteruskan denga menaiki tangga kayu sehingga ke paras 4680 meter. Paras 4680 adalah Glacier Park yang merupakan titik pandang tertinggi yang dibuka kepada orang awam. Ia direkodkan sebagai titik pandang tertinggi di dunia yang boleh diakses pengunjung tanpa menggunakan peralatan memanjat profesional.
Kalau dikira, kami hanya perlu mendaki tangga setinggi 174 meter sahaja. Tapi seksanya boleh tahan. Saya yang selalu bersenam pun terpaksa berhenti berkali-kali untuk menyedut oksigen dari tabung yang dibawa. Tambahan pula saya membawa peralatan fotografi yang boleh tahan beratnya. Saya mengambil keputusan tepat tidak membawa lens RF50 mm f1.2L saya. Kalau bawak lagi pishangg!
Anyway, kurang separuh dari ahli rombongan yang sampai ke paras 4680. Setelah semua ahli berkumpul semula perjalanan diteruskan pula ke Blue Moon Valley (BMV). Kami menaiki bas yang disediakan dari Jade Dragon ke Blue Moon Valley. Oleh kerana kami telah overrun schedule di JDSM tadi kami terpaksa memendekkan tempoh berada di BMV. Jadi hanya sedikit gambar yang dapat saya rakamkan di situ.
Blue Moon Valley adalah sebuah lembah pelancongan di kaki JDSM . Ianya dikenali dengan tasik berwarna biru dan kristal. Ditambah dengan gunung sebagai latarbelakangnya, ianya betul-betul mirip sebuah lukisan. Air di lembah ini terhasil dari salji dan glasier JDSM. Sungai Baishui yang mengalir di sini berubah-ubah warna mengikut keadaan cuaca. Ketika hujan turun, dasar sungai yang kaya dengan sedimen kapur akan terangkat menjadikan sungai berubah menjadi putih susu. Jika cuaca cerah, airnya memantulkan warna biru langit yang sangat indah.
Tapi itulah.. waktu teramat singkat. Tak sempat saya nak explore dan mencari gambar.
Untuk sebarang pertanyaan tentang pakej Travel Photography boleh hubungi saya melalui nombor 0173749707
































