The Sporting Bridesmaid
Saya selalu percaya bahawa kemeriahan sesuatu majlis perkahwinan itu selain dari kehadiran saudara-mara terdekat juga turut dibantu dengan kehadiran sahabat handai. Apatah lagi jika rakan-rakan anda itu sporting belaka dan melibatkan diri mereka secara dekat dalam majlis tersebut.
Apa yang saya paparkan di sini adalah gambar-gambar dari majlis perkahwinan Juraiza dan Adib. Majlis resepsi berlangsung di Da Men Mall, USJ pada bulan Mac 2019. Lama dah tu… hahaha. Memang lemah betul saya bab update blog ni. Selalu lupa. Ianya adalah kali pertama saya shoot wedding di dewan perkahwinan di Da Men Mall…. dan juga kali terakhir sebab dengar khabarnya dewan tersebut dah pun ditutup.
Yang seronoknya untuk majlis ini rakan-rakan Juraiza memang well prepared. Dengan pakaian sedondon sebagai bridesmaid mereka banyak membantu dalam majlis. Bahkan selesai majlis resepsi mereka masih ada lagi di situ. Bersiap-siap untuk follow outdoor photoshoot pulak. Bridesmaid macam ni la yang kita mau! 😛
Walaupun tempat outdoor agak jauh dari USJ, iaitu di Shah Alam, mereka tetap sanggup ikut. Bahkan ada juga yang tersesat jalan, tak tau la melencung ke mana tapi Alhamdulillah sampai juga akhirnya. Atas sikap sporting mereka itu saya pun terpaksalah bekerja keras untuk merealisasikan sesi photoshoot dan juga permintaan Juraiza. Dia nak shoot macam tu, nak shoot macam ni dan macam-macam lagi. Seronok kerja dengan pengantin macam ni sebab dia banyak buat homework sebelum kahwin.
Oh ya! Sebelum terlupa. Juraiza ni merupakan pengapit kepada pengantin saya pada tahun 2017 iaitu Nina & Azizi di Pahang. Tak sangka juga dari situ dia berminat untuk mencari saya sebagai jurugambar perkahwinannya.