Hot Date Perkahwinan Tahun 2020
Baru-baru ini selesailah sudah satu tarikh panas untuk majlis perkahwinan tahun 2020. Tanggal 2 Februari 2020 memang cukup popular untuk pasangan pengantin tak kira apa bangsa dan ugama pun. Ianya satu tarikh yang mudah diingati dan cantik untuk ditulis.
02.02.2020. 02022020. Kalau ditulis dalam font digital clock pun cantik juga. Disamping itu tarikh tersebut juga mudah diingati. Maka itu banyaklah venue perkahwinan habis ditempah, katering perkahwinan juga mendapat tempahan bertindih, Begitu juga jurugambar perkahwinan, tukang solek pengantin, busana perkahwinan dan segala yang berkaitannya.
Mari kita lihat ada lagi tak tarikh-tarikh cantik untukmajlis perkahwinan sepanjang tahun 2020 ini?
20 Mac 2020 atau 20.03.20 bersamaan 25 Rejab 1441H – Jatuh pada hari Jumaat. Sesuai untuk majlis akad nikah. Di samping itu ianya juga jatuh pada minggu cuti sekolah. Availability jurugambar kami: Cuma ada kekosongan satu slot sahaja.
4 April 2020. 04.04.2020 bersamaan 10 Syaaban 1441H – Jatuh pada hari Sabtu pertama bulan April. Sesuai untuk akad nikah mahupun kenduri. Lebih kurang tiga minggu sebelum puasa. Availability jurugambar kami: Masih ada dua slot
Mei 2020 tentunya tak ok untuk majlis perkahwinan. Bulan Ramadhan beb.
6 Jun 2020. 06.06.2020 bersamaan 14 Syawal 1441H. Jatuh pada hari Sabtu dan di pertengahan kemeriahan Aidilfitri lagi. Juga masih dalam cuti sekolah. Tentu menjadi tarikh rebutan ni. Availability jurugambar kami: Cuma tinggal satu slot.
20 Jun 2020 atau 20.06.20 bersamaan 28 Syawal 1441H. Dah penghujung raya tu. Tentunya ada yang nak buat majlis perkahwinan cum open house raya. Availabiliti jurugambar kami: 2 slot lagi
8 Ogos 2020. 08.08.2020 bersamaan 18 Zulhijjah. Cantik jugak nombor ni. Ianya jatuh pada hari Sabtu dan juga seminggu selepas Hari Raya Aidiladha. Availabiliti jurugambar kami: 2 slot lagi.
20 September 2020. 20.09.20 bersamaan 2 Safar 1442H. Jatuh pada hari Ahad. Tapi kalau ikut zaman dulu-dulu, tak elok kahwin bulan Safar. Namun itu hanyalah mitos dan kita dilarang mempercayainya.
10 Oktober 2020 atau lebih cantik ditulis 10.10.2020 bersamaan 22 Safar 1442H. Wow! Ini satu lagi nombor yang pastinya menjadi rebutan pengantin. Ianya jatuh pada hari Ahad. Kami masih lagi available untuk tempahan fotografi. Sila book segera untuk tarikh yang dijangka panas ini.
20 November 2020 atau 20.11.20 bersamaan 4 Rabiulakhir 1442H. Jatuh pada hari Jumaat jadi mungkin lebih sesuai untuk akad nikah.
20 Disember 2020 atau 20.12.20. Jatuh pada hari Ahad bersamaan 5 Jamadilawal 1442H. Ianya pada musim cuti sekolah. Kami masih lagi available untuk hot date tersebut. Sila tempah segera pakej fotografi perkahwinan kami.
Apa tunggu lagi. Kalau majlis perkahwinan anda jatuh pada salah satu tarikh tersebut anda perlu menempah segala-galanya seawal mungkin untuk membolehkan anda mendapatkan khidmat yang terbaik.
Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di 0173749707