Akmal & Farah – Outdoor Photoshoot Yang Tak Menjadi


  • Sumo

Ada kalanya apa yang kita rancangkan tak menjadi kenyataan. Tapi ada kalanya perkara yang tak dirancang itu mungkin memberi sesuatu yang lebih baik. Dalam fotografi perkahwinan pun perkara sama kadang-kadang berlaku.

Contohnya untuk post wedding photoshoot bagi pasangan Akmal & Farah ini, kami sepatutnya mengadakan outdoor photoshoot. Tapi belum sempat hendak memulakan shooting, hujan turun dengan begitu lebat. Sudahlah lebat, berlanjutan pulak tu. Namun begitu kami bernasib baik kerana pengantin rupanya check-in di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya. Setelah berbincang sekejap akhirnya kami mencapai kata sepakat untuk membatalkan sahaja outdoor photoshoot. Ianya digantikan dengan indoor photoshoot di hotel penginapan pengantin.

Setibanya di hotel saya lihat keadaan restoran hotel yang cantik. Kebetulan pada waktu itu tiada ramai pengunjung. Saya pun meminta kebenaran dari pengurus restoran untuk mengadakan photoshoot di situ. Alhamdulillah, beliau tiada halangan. Hasilnya dapatlah sedikit kelainan dari outdoor photoshoot yang sering saya buat untuk pengantin-pengantin yang dah lepas.

Jadi, kalau selepas ini ada pengantin yang check-in di hotel anda bolehlah cuba minta kebenaran dari pihak hotel untuk photoshoot di sekitar hotel.

Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di http://www.wasap.my/60173749707