Sarang Art Hub


  • Sumo

Selepas selesai shoot wedding di Tg Malim terasa lapar dan hauslah pulak. Lantas saya pun mengajak rakan videografer untuk mencari tempat mengalas perut. Memandangkan masing-masing tak pasti destinasi tujuan kami pun sepakat redah ajelah pekan Tg Malim tu.

Berpandukan waze kami pun menuju ke pekan Tg Malim. Tak sangka, Tg Malim yang kami sangkakan mati di hujung minggu rupanya sangat meriah dan sesak. Rupanya ada pasar malam dan kebanyakan yang kami lihat adalah golongan pelajar (budak UPSI kot). Dua kali jugalah pusing nak mencari parking. Setelah meletak kenderaan kami mencari pula tempat makan dan akhirnya secara tak sengaja terjumpa Sarang Art Hub.

Mulanya ingatkan hanya sebuah cafe hipster biasa. Rupanya ianya merupakan satu tempat yang sangat menarik. Bangunan ala balai raya lama ini dipenuhi lukisan bintang filem pada bahagian luarnya. Dekorasinya berkisar kepada seni terutama filem dan hiburan tempatan. Dari lantai, dinding serta kaunter memaparkan wajah-wajah perfileman Melayu. Ruang dalam memaparkan poster filem-filem terbitan tempatan yang di susun mengikut dekad dan tahun filem tersebut dikeluarkan. Susun atur meja makan juga sangat santai.

sarang art hub
sarang art hub
sarang art hub
sarang art hub
sarang art hub
sarang art hub
sarang art hub
sarang art hub
sarang art hub

Selain itu terdapat juga dua buah projector filem lama yang sering digunakan di pawagam dulu-dulu, vespa lama dan “Harley Davidson” yang digunakan Awie (Husin) dalam filem Hantu Kak Limah. Papan tanda bahagian luar pula tertera “Klinik Desa Kampung Pisang”.

sarang art hub
sarang art hub
sarang art hub

Oklah, asyik cover pasal dekorasi langsung lupa nak ambil gambar makanan. Saya order Nasi Goreng Petai Kak Limah Mengilai. Not bad. Teh tariknya pun sedap.

Semasa nak membayar saya sempat bertanya pada cashiernya siapa owner tempat ni. Jawabnya, “Mamat Khalid bang”. Oh patutlah banyak dekorasi dengan unsur-unsur Kak Limah, Zombie Kg Pisang dan Rock Ooo.

So pada yang dalam perjalanan dan berhajat singgah ke Tanjung Malim jangan lupa cari Sarang Art Hub ni. Kombinasi seni dan makanan di bawah satu bumbung.

p/s semua gambar di ambil dengan menguunakan Iphone 6Plus sahaja sebab dah tak larat nak buka dslr.

Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di http://www.wasap.my/60173749707