5 Sebab Mengapa Anda Perlukan Jurufoto Profesional Untuk Majlis Perkahwinan


  • Sumo

Salah satu aspek penting dalam perkahwinan era sekarang ialah fotografi perkahwinan. Ini adalah untuk merakamkan peristiwa bersejarah dalam hidup pengantin sebagai kenangan dimasa hadapan. Adakalanya aspek ini tidak begitu dititikberatkan oleh pengantin. Mungkin ada sebab-sebab yang tersendiri. Namun begitu cuba anda renungkan – belanja yang besar telah dikeluarkan untuk bayaran pelamin yang cantik-cantik, membeli atau menyewa baju yang mahal, membeli dekorasi yang cantik untuk bilik pengantin, dekorasi rumah dan sebagainya, mengupah jurumakeup profesional dengan bayaran tak kurang RM300-400 sekali makeup – tapi akhirnya memori yang tersimpan tak seindah yang sebenar kerana hasil gambar yang tak seberapa.

Kenapa anda patut mengupah jurugambar profesional dan berpengalaman? Apakah nilai tambah yang mereka mampu berikan?

  1. Mereka ini telah mahir dan berpengalaman luas dengan selok-belok dan juga flow majlis perkahwinan. Oleh itu mereka sentiasa bersedia untuk merakamkan detik-detik yang bakal berlaku. Pengalaman mereka menjadikan instinct mereka dalam sesebuah majlis lebih tajam.
  2. Menjadi penasihat tak rasmi – ada ketikanya pihak tuan rumah tidak begitu tahu tentang tatacara dalam majlis perkahwinan. Don’t get me wrong – ada kalanya mereka tahu tapi dalam kesibukan dan kelam kabut sesebuah majlis ada yang terlepas pandang aspek-aspek majlis perkahwinan. Sebagai contoh, kedudukan pengantin perempuan hendaklah sentiasa di sebelah kiri pengantin lelaki. Jika berlaku kesilapan tanpa sedar, jurugambar yang berpengalaman akan lebih alert dan dapat membetulkan kesilapan ini.
  3. Pelamin cantik bergemerlapan tapi pencahayaan hanya tertumpu pada pelamin. Akhirnya wajah pengantin gelap. Biasa jumpa kes sebegini kan? Memang kebanyakan pelamin yang saya lihat pencahayaannya hanya tertumpu pada pelamin itu sendiri (background) dan ini mengakibatkan kesan backlighting. Jurugambar profesional akan dapat mengatasi masalah ini dengan kelengkapan lighting yang mereka ada. Cuba tanya jurugambar anda jika mereka ada membawa bersama off camera lighting seperti strobe atau studio light. Biasanya pakej lengkap dengan off camera light ini tentunya lebih mahal tapi memang berbaloi kerana hasil gambarnya memang cantik. Kenapa ia mahal? Kerana peralatan tambahan diperlukan. Pembantu jurugambar juga diperlukan untuk membawa, menjaga dan mengendalikan peralatan ini.
  4. Nak outdoor di mana? Ini persoalan yang sering timbul tatkala ingin mengadakan sesi fotografi outdoor selepas majlis. Biasanya jurufoto yang profesional dan berpengalaman akan tahu di mana tempat yang cantik dan sesuai. Bukan itu saja, mereka juga tahu lokasi untuk meletak kenderaan.
  5. Inginkan foto outdoor yang cantik. Ramai yang kurang tahu bahawa mengambil gambar outdoor adalah jauh lebih susah dari indoor. Kenapa ya? Bukankah di luar cahayanya lebih terang dan gambar tentunya lebih cerah. Dulu saya pun beranggapan demikian. Tetapi setelah terlibat dalam bidang ini barulah saya tahu rupanya gambar outdoor lebih sukar. Anda perlu mengimbangi cahaya persekitaran dengan cahaya flash. Anda juga harus tahu cara untuk mengawal dan menggunakan backlight dari matahari. Ada jurugambar menggunakan pencahayaan tambahan seperti strobe dan pakej ini biasanya lebih mahal.

Cukuplah saya bagi 5 sebab dulu untuk kali ini. Apa-apa pun terpulanglah pada anda. Carilah jurugambar sebaik mungkin. Teliti portfolio mereka untuk memastikan gambar terbaik mampu dihasilkan. Semoga majlis anda berjalan dengan lancar dan memori tersebut akan tersimpan dalam bentuk foto-foto yang cantik.

Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di http://www.wasap.my/60173749707