Newborn Photoshoot


  • Sumo

Selain dari aktif mengambil gambar untuk majlis perkahwinan, saya juga menerima permintaan untuk mengambil gambar bayi yang baru lahir. Job ini adalah untuk tahun 2017 yang belum sempat saya kongsikan di sini akibat kesibukan. Sebenarnya saya pernah mengambil gambar Jasmine dan keluarganya dalam maternity photoshoot kira-kira sebulan sebelum dia melahirkan anak keduanya. Alhamdulillah, setelah anak keduanya lahir, beliau menghubungi saya semula untuk membuat photoshoot bayi pula.

Walaupun bukan betul-betul newborn, tapi ianya merupakan pengalaman yang amat menarik. Tempoh masa bekerja untuk shoot bayi adalah pendek sahaja iaitu kira-kira dua jam. Namun ia memerlukan banyak persediaan. Saya tiba awal di lokasi iaitu rumah pelanggan untuk suasana – kedudukan tingkap, pencahayaan, susun atur perabut (jika perlu alihkan apa-apa) dan sebagainya. Kemudian saya test lighting bagi memastikan saya dapat apa yang diinginkan. Kebanyakan gambar saya shoot dengan Canon 5D Mk II dan Canon 50mm 1.4 lens serta 85mm. Pencahayaan pula saya gunakan off camera flash yang diletakkan di dalam softbox. Ada juga gambar yang saya gunakan reflector sahaja untuk pencahayaan.

Bagi memulakan photoshoot bayi ni, nak kena tengok timingnya jugak. Tak boleh main shoot aje. Yang penting bayi kena dalam keadaan kenyang. Kalau tak nanti asyik merengek ajelah. Lebih baik juga jika bayi dalam keadaan tidur. Baru senang untuk kita pose kan dia. Tu dari segi teorinya – nampak mudah. Tapi ia taklah semudah yang dijangka. Bayi ini bila disentuh mudah pulak dia tersedar. So kenalah ibunya tidurkan dia balik.

Selepas beberapa kali berhenti dan ubah setting, tukar wardrobe, akhirnya saya berjaya menyelesaikan photoshoot tersebut. Kami mencuba beberapa set seperti bayi berbaju, bayi dengan red hoodie serta bayi tanpa baju. Bayi total naked ada tapi untuk tatapan ibubapa bayi sahaja sebab tak sesuai dengan budaya kita dan takut kena kecam. The best part ialah masa ambik gambar bayi naked dan didukung oleh bapanya, dia sudah tembak air kencing satu kali kepada bapanya.

Jika ada yang berminat untuk shoot seperti ini boleh terus menghubungi saya untuk perbincangan mahu pun tempahan.

Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di http://www.wasap.my/60173749707 atau 0163937067.