Wedding Photography di Taman Saujana Hijau


  • Sumo

Saya dah lama dengar tentang kecantikan Taman Saujana Hijau ni. Kawasan taman yang berbukit dengan tumbuhan yang cantik. Selalu juga lihat gambar-gambar di internet. Namun begitu sebagai jurugambar perkahwinan kali pertama saya menjejakkan kaki ke sana ialah pada bulan November 2016.

Ketika itu saya cover majlis perkahwinan antara Nurain dan Hanif yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Saujana Impian Kajang. Majlis persandingan tersebut diadakan di dewan terbuka. Sebelumnya, majlis akad nikah telah dilangsungkan pada pagi itu juga. Turut kelihatan di majlis tersebut ialah pelakon popular siri Gerak Khas iaitu Salina Saibi.

Idea untuk ke Taman Saujana Hijau diutarakan oleh pasangan pengantin sendiri. Sesi fotografi outdoor turut ditemani oleh kawan-kawan pengantin.

Ok. Jom layan gambar.

Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di http://www.wasap.my/60173749707 atau 0163937067.