Double Wedding Part 2 – Akad Nikah Yong Fasihah & Nurdin


  • Sumo

Dari majlis akad nikah Yong Safiah dan Shahril kita move on pulak ke majlis akad nikah satu lagi pasangan iaitu Yong Fasihah & Nurdin. Majlis ini diadakan selang seminggu dari majlis akad nikah Safiah. Diadakan di lokasi yang sama iaitu di rumah mereka di Taman Bersatu, Rawang.

Dari apa yang saya fahamkan, pasangan ini berkenalan di UiTM – kira ngorat sambil belajarlah ni. Nurdin merupakan pemain bola yang handal dan merupakan anggota Felda United. The best part ialah dia meminati kelab yang sama dengan saya iaitu Tottenham Hotspur. No wonder la ada hantaran set jersi Spurs.

Come on You Spurs!

Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di 0173749707 atau 0163937067.