Majlis Akad Nikah di Masjid Usamah Zaid, Wangsa Maju


  • Sumo

Semasa membelek-belek gambar lama di dalam facebook terjumpa gambar-gambar dari majlis akad nikah Salina dan Zaki yang diadakan Masjid Usamah Zaid, Wangsa Maju. Apa yang menarik tentang masjid ini ialah ruang di bahagian bawah yang menjadi tempat aktiviti. Ruang ini dijadikan tempat makan ketika majlis akad nikah tersebut.

Saya difahamkan ruang ini juga boleh digunakan untuk aktiviti riadah seperti bermain ping-pong, tempat peniaga-peniaga kecil berniaga pada hari Jumaat dan lain-lain lagi. Feature untuk posting kali ini sudah tentulah tembok berwarna kuning yang saya gunakan sebagai backdrop untuk shoot pengantin dalam gambar ini.

Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di 0173749707 atau 0163937067.