
Pullman Putrajaya Lakeside Yang Indah
Pertama kali saya berpeluang mengadakan sesi fotografi outdoor di dalam kawasan resort Pullman Putrajaya Lakeside untuk pasangan pengantin Nadiah & Amran. Semasa deal dengan mereka memang aturcara ini ada dibincangkan dari awal dan saya memang sangat look forward untuk ini.
Cuma seminggu sebelum sesi outdoor tersebut saya ada memberitahu ibu Nadiah tentang surat kebenaran dari pihak resort bagi mengelakkan sebarang masalah. Katanya memang sudah dimaklumkan oleh pengurus hotel tentang kelulusan yang telah diberi. Tak sedap hati saya tetap meminta salinan softcopy untuk disimpan di dalam handphone. Tempat-tempat macam ni memang ketat sekuriti dan prosedurnya.
Memang betul seperti yang saya jangka, baru aje saya setup dan test lighting pihak sekuriti pun datang menyatakan tak boleh bergambar. Saya kata dah ada kebenaran dari pihak hotel tapi mereka kata tak dapat maklumat. Memang biasa perkara-perkara maklumat tak sampai ni berlaku. Nasib baiklah saya dah anticipate perkara macam ni. So, dengan cool dan sedikit kerek saya pun tunjukkan salinan softcopy surat kebenaran hotel kepada pak guard berbangsa Nepal tersebut. No further question asked dan kami pun meneruskan sesi fotografi sehingga senja.
Berbalik kepada Pullman Putrajaya Lakeside ni, tempat ni memang cantik. Memang rasa bertuah jugalah dapat shoot outdoor dalam kawasan resort ini. Cuma masa aje agak terhad sebab pengantin tiba agak lewat atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. So saya dapat shoot dalam sejam sahajalah.
enulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di 0173749707 atau 0163937067.