15 Perkara Perlu Dielakkan Jika Nak Gambar Kahwin Yang Cantik


  • Sumo

Kadang-kadang bila kita melihat gambar-gambar perkahwinan yang cantik pasti kita teruja dan mahukan foto perkahwinan kita secantik itu juga. Lalu kita pun terus membuat kesimpulan ianya tentunya hasil dari kerja hebat jurugambar yang diupah pengantin tersebut. Mungkin itu ada betulnya tapi tidaklah 100% betul. Eh? Kenapa pulak?

Dalam menghasilkan siri gambar perkahwinan yang cantik dan menarik jurugambar hanyalah salah satu dari faktornya. Namun terdapat banyak faktor-faktor lain yang pengantin sendiri perlu ambil kira dalam penghasilan foto perkahwinan yang cantik. Maka untuk membantu atau memudahkan jurugambar mendapat gambar2 yang cantik berikut adalah perkara-perkara yang perlu dielakkan:

  1. Jurusolek asal boleh – Ramai yang ambil mudah tentang solekan di hari perkahwinan. Ada yang ambil risiko dengan mengupah kawan-kawan sahaja menata rias wajahnya. Alasannya sebab harga kawan-kawan, dapat murah katanya. Anda berkahwin sekali seumur hidup. Ambikla jurusolek profesional dik. Nanti kalau foundation tak rata, muka putih leher hitam, shading kelaut, kening sinchan, crown senget, warna lipstik dan eyeshadow yang tak sesuai siapa nak disalahkan tu? Lebih teruk bila ada yang buat statement, “Alaaaa.. takpe, Nanti abang fotografer boleh touchup. ”  Huhu.. nak touch up gambar pun asasnya kena betul dik. Editing mungkin boleh menyembunyikan jerawat2 anda yang kasar, menyembunyikan black head atau mengurangkan eyebag. Tapi editing tak dapat nak betulkan kening anda, tak dapar fixkan bulu mata Rozita Che Wan anda yang dipasang tak betul dan tak dapat nak harmonikan warna eyeshadow dan lipstik anda yang kelaut tu. Lagi pun kalau ambik pakej fotografi murah atau ada juga yang shoot and burn aje takdenya jurugambar nak berhempas-pulas mengedit gambar anda. Jadi kesimpulan pertama – jangan berkira untuk mengambil jurusolek profesional. Tengok hasil kerja mereka. Kalau perlu buat trial makeup.
  2. Jangan warnakan siling bilik selain putih – jika anda bersiap di bilik pengantin sila pastikan warna siling adalah putih. Oleh kerana bilik anda bukanlah studio fotografi yang lengkap dengan peralatan lampu canggih hampir kesemua fotografer akan bounce flash mereka ke siling ataupun dinding. Oleh itu siling berwarna putih dapat memastikan warna cahaya yang neutral akan terhasil. Kalau siling anda biru maka nanti akan jadilah gambar anda seperti avatar. Kalau siling hijau pulak jadi hulk lah anda.
  3. Jangan cat dinding bilik dengan warna yang terlalu keras. Jika anda inginkan variasi, bagi dinding bilik pengantin gunalah warna-warna lembut sahaja agar tiada refleksi warna yang keterlaluan yang akan mencacatkan warna gambar. Jika anda tetap gemarkan warna garang macam merah atau oren ke, cukuplah sekadar gunakan sebagai lace langsir, lace sarung bantal atau cadar.
  4. Elakkan langsir transparent berwarna jika bilik anda mempunyai tingkap yang dimasuki cahaya matahari. Ini kerana cahaya matahari tersebut akan menyebarkan warna langsir ke dalam bilik anda.  **Perkara 2, 3 dan 4 ini juga akn menyebabkan makeup anda tak cantik kerana warna-warna yang tersebar ini boleh mengelirukan jurusolek.
  5. Jangan biarkan bilik pengantin bersepah – fotografer bila mengambil gambar dalam bilik pengantin akan seboleh-bolehnya mengambil sudut yang cantik. Namun jika terlalu banyak distraction fotografer pun pening juga. Alih ke kiri nampak tuala bergantung, alih ke kanan nampak seluar track. Itu belum lagi masuk bab bra dan seluar dalam yang bergantungan. Jadi pada para pengantin sila pastikan bilik anda dikemas jika mahukan coverage gambar semasa bersolek ya.
  6. Elakkan warna pelamin yang terlalu garang dan caca marba. Seperti juga bilik tidur, warna pelamin juga kalau boleh janganlah terlalu garang. Agak susah sebenarnya untuk anda matchkan warna baju jika pelamin anda garang. Jika anda suka merah mungkin anda boleh buat pelamin dengan asas putih tapi bersulam dengan sedikit warna merah. Ini pastinya lebih menarik.
  7. Elakkan karpet yang berbunga-bunga atau bercorak di atas atau di depan pelamin. Ianya memanglah tak cantik dan mencacatkan pemandangan. Gunakan plain karpet sahaja.
  8. Elakkan lampu berwarna-warni. Sekarang ramai pengantin dan juga butik andaman yang gemarkan lampu led berwarna-warni. Lampu ini ada yang boleh berubah-ubah warnanya. Seboleh-bolehnya elakkan lampu ini kerana ia menyebabkan warna yang tak konsisten. Jika nak juga lampu begini pastikan ianya di bahagian belakang pelamin sahaja dan cahayanya tidak melimpah ke muka pengantin dan juga tetamu yang merenjis (jika ada upacara merenjis).
  9. Pencahayaan pelamin yang tak sekata – di dalam kebanyakan majlis perkahwinan yang saya hadiri, pencahayaan pelamin adalah lebih kepada untuk menonjolkan background pelamin itu sendiri. Uplight dan candelier diletakkan di bahagian pelamin di belakang pengantin. Maka hasilnya bila pengantin duduk di pelamin kita dapatlah lihat cahaya gemerlapan menyinari background tapi muka pengantin itu sendiri gelap dan malap sebab tak ada cahaya. Kesian pengantin duduk dalam gelap pulak. Ada bridal house yang cuba mengatasi masalah ini dengan meletakkan spotlight di depan pelamin bagi memberi cahaya kepada pengantin. Namun begitu kebanyakan spotligt yang digunakan adalah tidak sesuai. Cahayanya kuning, keras, menghasilkan banyak shadow pada wajah pengantin. Shadow mungkin cantik untuk shoot artistik tapi bukan untuk shoot wedding. Jurugambar berpengalaman mungkin dapat mengimbangi masalah ini dengan menggunakan speedlight. Namun ianya tidaklah dapat menyelesaikan masalah tersebut 100%. Ada juga jurugambar yang bertindak menambah exposure supaya wajah pengantin cerah. Tapi kesannya ialah background yang washout. Jika pengantin mempunyai bajet yang lebih sikit bolehlah ambil pakej fotografer yang menggunakan external lighting untuk mengimbangi cahaya yang tak sekata ini. Pakej ini mungkin agak mahal sedikit kerana lebih peralatan dan pembantu jurugambar diperlukan. Tapi biarlah mahal sikit asal hasilnya marvellous.
  10. Jika pelamin luar rumah jangan biarkan bahagian belakang pelamin anda tembus cahaya. Mintalah bridal menutup bahagian background pelamin agar tiada gangguan backlight.
  11. Jangan biarkan cahaya mengganggu latar belakang ruang makan beradab. Ini sama dengan point nombor 9 di atas. Ada yang langsung takde background cover, maka nampaklah segala macam aktiviti di belakang tempat makan beradab. Ada juga yang sekadar cover dengan kain nipis lalu menyebabkan backlighting yang teruk.
  12. Elakkan pelamin yang sempit. Pelamin bukanlah sekadar cantik sahaja, tapi kenalah praktikal. Dalam majlis perkahwinan tentu saja ada ramai rakan-rakan dan saudara-mara yang datang. Tentu saja mereka ini ingin bergambar sebagai kenangan. Praktikal yang saya maksudkan ialah pelamin perlu ada ruang yang cukup untuk gambar berkumpulan. Takdelah sampai 20-30 orang!  Tu kalau pelamin kat dewan bolehlah. Kalau pelamin di rumah dapat muat 10 orang untuk bergambar pun dah cantik. Pastikan ruang depan tidak terlalu padat dengan hiasan pasu besar, kotak cermin, bunga telur dan lain-lain lagi sampai orang nak berdiri pun takde ruang. Malahan ada juga setengah tu bila upacara merenjis fotografer pun takde ryang nak cari sudut ambik gambar. Abis camno?
  13. Jangan ambik pakej tembak dan bakor aje! – Shoot and Burn la tu. Pakej shoot and burn ni memang la murah. Fotografer shoot gambar burn dalam dvd atau pendrive dan serah pada pengantin. Biasanya tiada editing dibuat. Yang si pengantinnya pulak compare gambar shoot and burn dengan gambar full pakej siap editing memang la tak sama. Jadi jika anda ambik pakej shoot and burn kenalah berdepan realitinya bahawa ia tak secantik gambar full pakej siap edit. Namun fotografer pun agak2 la. Kalau sanggup terima job shoot and burn jagalah juga kualiti tu janganlah teruk sangat hasilnya.
  14. Elakkan pakaian yang kurang sesuai. Kadang-kadang kita ni suka ikut trend. Orang pakai baju merah kita pun nak merah walaupun kulit kita gelap. Orang pakai baju peplum kita pun nak jugak padahal itu tak sesuai dengan bentuk badan kita. Oleh itu berhati-hati dalam pemilihan fesyen dan warna. Jangan ikut-ikut orang. Dapatkan  nasihat pakar atau pereka fesyen anda. Dapatkan juga tips-tips yang banyak di internet.
  15. Janganlah tak berehat. Walau macam mana excited pun anda, walau macam mana  nak kan persiapan yang perfect sekalipun, rehat kenalah cukup. Sepanjang 10 tahun penglibatan saya dalam fotografi perkahwinan ni dah macam-macam yang saya jumpa. Ada yang pukul 9 pagi nak nikah, dah dekat subuh baru nak tidur – hasilnya dalam gambar mata bengkak. Ada yang tak cukup tidur dan pitam masa makan beradab. Ada juga yang boleh bertahan hingga sesi outdoor tapi tu pun muka dah pucat semacam dan mata dah merah. Jadinya, persediaan diri anda pun nak kena jaga jugak.  Kalau dah tak larat macam manalah gambar nak ceria.

Oklah, Dah panjang dah bebel ni. Cukuplah dulu tips untuk kali ini. Semua ini saya tulis berdasarkan pengalaman 10 tahun saya sebagai jurugambar perkahwinan di Malaysia. Kalau nak booking atau bertanya tentang pakej fotografi perkahwinan bolehlah hubungi saya melalui whatsapp/sms/call ke nombor 017-3749707.