Hadiah Untuk Pengantin
Salah satu adat masyarakat kita ialah memberikan hadiah perkahwinan kepada rakan atau saudara kita yang berkahwin. Ini sebenarnya bukanlah satu kewajipan pun. Tapi lebih merupakan satu adat yang telah lama diamalkan. Rasionalnya ialah pasangan pengantin itu ingin memulakan kehidupan baru iaitu kehidupan suami isteri. Biasanya mereka akan berpindah ke rumah baru jadi sudah tentulah pada awalnya serba kekurangan. Hadiah yang diberikan itu diharapkan dapatlah membantu mereka mengurangkan beban kewangan.
Ada berbagai-bagai barangan boleh dijadikan hadiah perkahwinan. Semuanya bergantung kepada berapa bajet yang anda sanggup keluarkan. Ada juga sesetengah orang tidak memberikan barangan sebagai hadiah. Sebaliknya mereka lebih gemar memberikan sumbangan dalam bentuk wang tunai. Oleh kerana pengantin akan memulakan kehidupan baru bersama, hadiah yang sering diberikan adalah berupa barangan rumah. Jom kita lihat apakah hadiah perkahwinan yang popular (tidak mengikut ranking pun ya!):
- Gelas/mug
- Set pinggan mangkuk/dinner set/tea set
- Kuali
- Periuk nasi elektrik
- Dapur gas
- Periuk
- Set stimbot
- Jug air
- Cerek air
- Cerek elektrik
- Iron baju
- Iron board
- Lampu tidur
- Jam dinding
- Jam meja
- Frame gambar
- Album gambar
- Rak pinggan mangkuk
- Pembakar roti
- Elektrik oven
- Set mandian/wangian/lotion dsb Bodyshop
- Coffee maker
- Pengadun tepung elektrik
- Pemanggang ikan
- Apron
- Travelling beg (kononnya untuk honeymoon)
- Shaver elektrik
- Cermin solek
- Rak penggantung pakaian (kat Giant/Tesco banyak ni)
- Kipas angin/blower
- Cordless phone
- Rak kasut
- Set rak toiletries untuk bilik mandi
- .. apa lagi ya? Idea dah takde lah pulak
Jika anda mempunyai idea lain sila berikan cadangan melalui ruangan komen di bawah.
Penulis adalah principal fotografer untuk NikHamidi Photography yang merupakan jurugambar perkahwinan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan pakej fotografi perkahwinan 2016 sila hubungi nombor 0173749707/0163937067 (whatsapp available).