Perkahwinan Artis Malaysia Sepanjang 2015


  • Sumo

Tahun 2015 baru saja meninggalkan kita dengan berbagai-bagai kenangan dalam perjalanan hidup kita. Ada yang pahit, ada yang manis, ada yang masam, ada juga yang masin. Yang tiga rasa dan sweet sour pun ada.

Ramai jugak lah artis-artis Malaysia yang mengadakan majlis perkahwinan sepanjang tahun 2015.

15852927033_0186584e7d_o

15437691080_28b8617d6c_zPelakon cun Jue Aziz telah pun mengadakan majlis resepsi perkahwinannya dengan pemuzik Indonesia Bayu Pramana Putra pada 2 Februari 2015. Pasangan ini sebenarnya telahpun bernikah pada 9 Mac 2014. Sharifah Sakinah dan pasangannya Aliff Adha pula melangsungkan majlis perkahwinan pada bulan Mac 2015.

Pasangan kontroversi Hanez Suraya dan Romie Razin pula telah melangsungkan pernikahan pada 14 Mac 2015. Sebelum itu pasangan program realiti iaitu Salma (Mentor) dan juga Azri (AF9) telah pun bernikah pada 31 Januari 2015.

Antara majlis perkahwinan artis yang lain adalah:

  • Pelakon dan pengacara Sarimah Ibrahim dan Tunku Jamie pada 2 April 2015
  • Pelakon popular Yana Samsudin berkahwin dengan adik Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari pada 14 Februari 2015
  • Amir Raja Lawak berkahwin dengan Nur Intan  Syafinaz di Kg Kubu Gajah, Sg Buloh pada 15 Mac 2015
  • Pelakon seksi Lana Nodin dan pemain bola tampar Amerika Daud (David) McKeinzie pada 15 Mei 2015
  • Sam Bunkface dan penerbit TV3, Aida Azira pada 28 April 2015
  • Shahz Jaszle dan Hanis Husna pada 1 Mei 2015
  • Pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad berkahwin dengan pramugari Elena Hani Eleas pada 9 Mei 2015
  • Mimi dari kumpulan One Nation Emcee pada bulan Mei 2015
  • Hairul Azreen dan Hanis Zalikha pada 5 Jun 2015
  • Azza AF1 dan Ehsan telah mengadakan majlis resepsi pada 30 Mei 2015
  • Nubhan AF dikhabarkan telah berkahwin dengan doktor gigi pada bulan Ogos 2015
  • Pelakon Sheera Iskandar dan pasangannya Abdullah Harun melangsungkan pernikahan pada 23 Ogos
  • Pelakon yang popular menerusi drama Asam Pedas Untuk Dia iaitu Shukri Yahaya pula telah berkahwin pada penghujung tahun 2015
  • Bekas juara AF Mila Jirin pula berkahwin dengan pengurusnya pada bulan November
  • Pelakon Maria Farida dan Datuk Rahman
  • Pelakon Nad Zainal bernikah dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember
  • Penyanyi putih melepak Adira pula sah menjadi isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu. Tarikh tidak diketahui.
  • Anak kepada Amy Search, Nabila Huda pula selamat diijabkabulkan pada 24 Disember.

Semoga perkahwinan mereka kekal ke akhirnya. Agaknya untuk tahun 2016 artis mana pula yang bakal berkahwin agaknya.

Sumber: Internet

Penulis adalah tuan punya dan principal photographer untuk NikHamidi Photography. NikHamidi Photography adalah jurugambar perkahwinan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Kami juga bergerak di Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan lain-lain lagi. Kami juga menawarkan khidmat fotografi untuk majlis harijadi, pertunangan, majlis korporat, private event, private portraiture dan lain-lain lagi. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami di 0173749707 atau 0163937067 (whatsapp available).