Nenek 89 Tahun Sebagai Dayang Pengantin (Bridesmaid)


  • Sumo

Biasanya dayang-dayang pengantin dipilih dari kalangan remaja atau orang-orang muda. Tapi berbeza pula dengan Christine Quinn dari Plymouth, Pennsylvania yang mempelawa neneknya Betty Govern atau dipanggil Nana Betty sebagai bridesmaidnya. Christine memilih neneknya kerana baginya Betty adalah rakan karibnya.

Betty yang berusia 89 tahun bersetuju dengan pelawaan itu dan menjadi bridesmaid bersama-sama dengan rakan karib Christine. Walau pun pada mulanya beliau agak ragu-ragu tetapi pada hari perkahwinan tersebut Betty telah mencuri tumpuan semua tetamu. Apa yang lebih menarik ialah Betty terus bertahan sehingga majlis tari menari dan turut menari bersama.  Katanya, “Saya terasa muda kembali pada hari ini.”  enhanced-27989-1438351280-1 grandma-bridesmaid-89-years-old-nana-betty-6 wedding

Nota:

  1. Berita dipetik dari Daily Mail UK. 
  2. Photo dari Sweetwater Potraits.

2B28214B00000578-3187339-image-a-30_1438892681895