Akad Nikah Azwa & Lala Pelamin Fantasia 2015


  • Sumo

Sebelum ini kami ada paparkan foto-foto dari Pre-Wedding Azwa & Lala yang telah dibuat di I-City Shah Alam. Majlis akad nikah untuk pasangan dari program realiti Astro tersebut telah diadakan lebih kurang sebulan selepas itu iaitu pada bulan Oktober 2015. Tenaga kerja yang sama dari team pre-wedding digunakan untuk majlis ini dengan Fatimah Ishak selaku jurusolek, Ain selaku pendandan rambut. Tambahannya kali ini ialah penggunaan team videografi.

Untuk akad nikah kami terpaksa standby dari awal pagi (selepas subuh) kerana upacara akad nikah diadakan awal pagi. Pengantin bersiap di Acapella Service Apartment Shah Alam. Upacara akad nikah pula berlangsung di Masjid Naza TTDI, Seksyen 13.

Majlis akad nikah berjalan lancar. Namun begitu keluarga pengantin menerima dugaan apabila sebelum majlis bermula mereka menerima khabar kemalangan maut yang meragut 3 nyawa yang dalam perjalanan ke majlis tersebut. Kemalangan berlaku akibat dari papan tanda di lebuhraya yang jatuh akibat dirempuh lori dan melintang di atas jalanraya. Ia kemudiannya dirempuh oleh kereta jenis Mercedes Benz tersebut. Alfatihah dan takziah kami ucapkan.

Di sini kami paparkan foto sekitar majlis akad nikah tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi Nik Hamidi di 0173749707 atau 0163937067 (whatsapp pun boleh).

Nik Hamidi Photography adalah jurugambar perkahwinan bebas yang berpengkalan di Damansara, Petaling Jaya. Di samping itu Nik Hamidi Photography juga mengambil tempahan fotografi untuk majlis pertunangan, prewedding, post wedding, harijadi, aqiqah, cukur jambul serta portraiture lain. 

azwarlala-45 edt wm azwarlala-76 edt wm azwarlala-98 edt b wm azwarlala-143 edt wm azwarlala-177 edt wm azwarlala-221 edt wm azwarlala-238 edt wm azwarlala-254 edt wm azwarlala-285 edt wm azwarlala-311 edt wm azwarlala-442 edt wm Tryp Lala wm