Prewedding Photoshoot di I-City Untuk Finalist Pelamin Fantasia 2015
Ini adalah merupakan sebahagian dari siri fotografi perkahwinan kami untuk pasangan finalist Pelamin Fantasia 2015 iaitu Azwar dan Lala (Adella). Perbincangan untuk sesi ini telah diadakan sejak bulan Julai lagi. Ketika itu beberapa idea diketengahkan untuk direalisasikan. Antara yang dicadangkan ialah beach photoshoot, bangunan/rumah lama (rustik), urban (city) dan juga night light (I-City memang menjadi antara pilihan utama mereka).
Akhirnya seminggu sebelum tarikh yang ditetapkan, pasangan ini menghubungi saya dan mengesahkan pilihan mereka ialah I-City di Shah Alam. Saya pun mula mencongak perancangan saya untuk sesi tersebut. Saya belum pernah membuat photoshoot di I-City dan ada sedikit rasa kebimbangan tentang hasilnya nanti terutama dari segi lighting. Cukup ke light, takde color cast ke dari ribuan cahaya lampu yang berbagai warna di I-City nanti? Wah.. risau beb!
Menjelang hari yang dijanjikan saya bagitahu Azwar & Lala untuk get ready by 6.30 petang. Saya mahukan photoshoot dalam dua suasana berbeza – pertama dalam keadaan masih siang dengan ambient light yang mencukupi tapi tidak terlalu cerah; kedua dalam keadaan malam dengan lampu-lampu di I-City menjadi latarbelakang.
Tiba hari yang dijanjikan ada masalah lain pula. Jurumakeup, Fatimah Ishak demam agak teruk. Saya tanya dia boleh proceed ke? Kuat semangatnya untuk menyolek Lala nampaknya. Dia cakap teruskan projek – walaupun dalam keadaan yang amat tidak sihat. Untuk rambut pula kami mendapatkan kepakaran dari Ain from Ain Saloon di Seksyen 7, Shah Alam. Sejak dari tengahari lagi hujan tak berhenti turun. Aduh.. kalau tak stop masalah besar ni. Dan menambahkan lagi masalah ialah jerebu teruk yang melanda Malaysia. Aduh! Serba tak kena ni.
Menjelang pukul 6.00 petang barulah hujan reda. Lega rasanya. Itupun selepas makan Pisang Cheese Jakarta yang kami paksa Azwar beli. Hahaha… maaf ya Azwar! Memang terbaiklah pisangnya. Dah settle pisang goreng kami pun bergerak ke lokasi. Sesi fotografi bermula lewat 15 minit dari yang dijadualkan. Inilah antara hasilnya untuk kami kongsikan. Kalau nak tengok banyak lagi silalah lihat album mereka di FB page saya iaitu NikHamidi Photography.
Bagi sebarang tempahan pakej fotografi untuk majlis perkahwinan, pertunangan, harijadi, corporate event, private photoshoot dan lain-lain lagi boleh terus hubungi saya melalui email nikhamidi@gmail.com atau phone/sms/whatsapp ke 0173749707/0163937067.