Group Photo Dalam Format Potret (menegak)


  • Sumo

Saya ada menerima beberapa pertanyaan dari beberapa pembaca blog ini tentang format terbaik untuk group foto. Mestikah group foto dibuat dalam format landscape (horizontal) sahaja?

Jawapan saya: Bergantung pada keadaan.

Pada kebiasaannya gambar berkumpulan memang lebih cantik dalam bentuk horizontal berbanding bentuk potret (menegak). Tetapi dalam setengah-setengah keadaan terdapat beberapa halangan yang tidak memungkinkan gambar berkumpulan dalam bentuk horizontal. Dalam foto di bawah ini, bentuk pelamin yang digunakan tidak membenarkan kami menyusun tetamu secara melebar kerana terdapat tiang di kiri-kanan pelamin.

Saya cuma ada dua pilihan iaitu yang pertama mengurangkan jumlah tetamu dalam gambar – ini bermakna saya pelu memecahkan mereka kepada beberapa kumpulan; atau yang kedua menyusun mereka dalam susunan yang lebih padat (menegak) supaya semua mereka berada dalam frame.

Perlu diingat bahawa susunan menegak bagi group photo adalah tidak konvensional. Cara posing juga perlu lebih santai dan tidak official. Ianya lebih sesuai untuk fun shoot.

Syameer-586 edtwsSyameer-574 edtws