Foto Perkahwinan Noridah & Anwar
Sepanjang pengalaman saya terlibat dalam fotografi perkahwinan, hasil dari negeri Melaka tidak pernah mengecewakan. Ini kerana kebiasaannya majlis perkahwinan di Melaka adalah meriah dan masih kaya dengan adat tradisi. Disamping itu juga di Melaka terdapat banyak lokasi-lokasi menarik untuk photoshoot.
Majlis perkahwinan ini sebenarnya sudah agak lama iaitu pada bulan Jun 2015 (sebelum puasa). Jadi posting ini hanya sebagai throwback sahaja. Seperti yang saya katakan majlis di Melaka memang kebiasaannya meriah. Bagi majlis ini sebelum upacara akad nikah telah diadakan upacara khatam quran dan juga marhaban. Jemaahnya memang ramai dan meriah. Selesai akad nikah, pengantin bertukar pakaian pula bagi upacara perarakan. Mereka diiringi kumpulan kompang dan siap dengan mercun lagi.
Di hari kedua pula pada sebelah pagi diadakan upacara persalinan 3 pasang pakaian untuk pengantin perempuan. Kemudian diikuti dengan upacara bersanding. Dan seperti biasa akhir sekali kami mengadakan sesi outdoor photography. Sesi agak terganggu kerana setibanya kami di lokasi hujan turun dengan lebat. Nasib baik tak lama. Kami menunggu kira-kira setengah jam untuk hujan reda.
Jom tengok gambar dari Melaka.
Sebarang pertanyaan dan tempahan pakej fotografi sila hubungi 0173749707 atau 0163937067. Whatsapp pun boleyyy!