Black and White Photography


  • Sumo

Pernahkah anda dengar ungkapan sebegini dalam fotografi: “If you want to shoot fashion, shoot in colour, but if you want to shoot emotion, shoot in black and white”.

Ada banyak kebenarannya dengan kata-kata tersebut kerana imej yang dirakamkan mahupun yang diubah kepada hitam putih biasanya akan lebih menyerlahkan emosi dan juga mood. Itulah sebabnya dalam era yang serba canggih di mana segala warna dapat dipaparkan dalam fotografi kita lihat masih ramai jurugambar menghasilkan karya mereka dalam hitam putih.

Saya juga pernah bertanya kepada salah seorang guru fotografi saya, “Bila masanya kita patut mengubah imej kepada hitam putih?”. Jawapannya ialah apabila gambar dalam bentuk warna boleh mengalihkan perhatian dari subjek utama kepada subjek sampingan disebabkan tarikan warna yang kuat pada subjek sampingan/background.

Untuk mengubah imej kepada hitam putih pula, ianya bukanlah sekadar straight forward conversion dengan menekan option monochrome pada Adobe Lightroom anda. Ada banyak lagi langkah yang harus diambil. Saya biasanya menambah dengan Level Adjustment, dodge and burn bagi mencerah dan menggelapkan apa-apa yang perlu dengan Photoshop.

1904152_758481097495636_656415115_n 10410425_971119542898456_6982809062380053737_n 11032226_970703562940054_7869477300923513734_n