Tujuh Tahun Di Arena Fotografi Perkahwinan
Alhamdulillah, ibadat bulan Ramadhan kita telah pun hampir sempurna. Kita kini hampir sampai ke penghujungnya. Dikesempatan ini NikHamidi Photography ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini secara amnya dan juga khusus untuk semua pelanggan-pelanggan kami yang telah dan akan melangsungkan perkahwinan.
Sebenarnya bulan Julai 2014 ini genaplah 7 tahun pembabitan saya dalam bidang fotografi perkahwinan. Nasib baiklah saya ada flickr akaun yang membolehkan saya untuk mencari balik kerja-kerja terawal saya sebagai jurugambar perkahwinan. Job sulung saya secara solo adalah satu majlis pertunangan antara Rose & Ejai pada tarikh 07.07.07. Pada ketika itu tarikh tersebut menjadi rebutan ramai dan banyak jurugambar telah pun penuh tempahan mereka. Boleh dikatakan ketika itu pelanggan dah tak banyak pilihan. Saya diserahkan tugasan ini oleh saudara Radzi Zin, pengasas dan pemilik Pixelworks Studios (dulunya Pixelworks Photography & Design). Pada ketika itu saya rasa beliau pun cuak juga untuk memberi tugasan ini kepada saya. Tapi apa nak buatkan, dah saya aje yang available masa tu. Ketika itu saya hanya berbekal sebiji kamera Canon EOS400D, satu kit lens Canon 17-55 dan satu speedlite sahaja.
Di manalah agaknya Rose & Ejai sekarang ni ya? Dah berapa orang lah anak mereka? Bagi yang mengenali mereka harap dapat memberikan contact number mereka kepada saya. Ada projek sikit nak buat… 🙂
Dari detik tersebut bermulalah penglibatan saya dalam bidang ini sehingga sekarang. Saya sebenarnya tidak menyimpan statistik, tapi kalau mengikut anggaran rasanya sudah lebih dari 100 pasangan pengantin yang saya nikahkan…. errrr… rakamkan foto mereka. Jadi, kredit saya kepada saudara Radzi yang telah membuka jalan kepada saya. Thanks Bro!
Ada juga yang bertanya, saya tak jemu ke buat kerja ni? Bagi saya, rasa jemu tidak ujud kerana fotografi memang merupakan hobi saya selain dari muzik. Cuma sekarang cabarannya adalah lebih kuat ditambah pula dengan kemajuan teknologi dalam bidang fotografi yang memerlukan kita untuk terus belajar dan bereksperimen.
Saya berharap untuk terus mendapat sokongan dari anda semua pengunjung blog ini, pelanggan-pelanggan dan juga rakan-rakan.
Di sini saya kongsikan hasil kerja zaman novice saya selaku jurugambar perkahwinan dulu.