Kellie’s Castle – Lokasi Kegemaran Jurugambar
Sebenarnya foto Kellie’s Castle ni dah lama berada dalam simpanan saya. Cuma tak berkesempatan untuk menulis tentang tempat ini. Ia merupakan antara tempat yang menjadi kegemaran para jurugambar untuk merakamkan foto di sini baik untuk landscape, arkitektur mahu pun potret. Bagi pasangan pengantin dan juga jurugambar perkahwinan sekitar Ipoh, Gopeng, Batu Gajah dan Simpang Pulai tempat ini memang cukup popular sebagai lokasi outdoor fotografi.
Lokasi sebenar tempat ini adalah di Batu Gajah, Perak. Jika dari Ipoh perjalanan berkereta mengambil masa lebih kurang 20 minit. Ianya merupakan sebuah mansion yang dibina oleh seorang peladang berbangsa Scotland bernama William Kellie Smith (1870-1926). Dari kisah-kisah yang tersebar luas, ia dibina oleh beliau sebagai hadiah kepada isterinya. Mansion enam tingkat ini dibina dengan gabungan rekabentuk Scottish, Moorish dan juga India.
Walaubagaimanapun pembinaannya terhenti apabila Smith meninggal dunia pada tahun 1926 akibat penyakit pneumonia semasa perjalanan ke Lisbon. Isterinya yang begitu sedih dengan kematian Smith meninggalkan Batu Gajah dan kembali ke Scotland.