7 Subjek Menarik Untuk Fotografi di Hari Raya
0 likes
Apabila bercakap tentang fotografi di musim perayaan ada beberapa subjek yang seringkali menjadi kegemaran ramai untuk dirakamkan. Berikut adalah beberapa perkara tersebut:
- Potraiture kanak-kanak – Merekalah yang biasanya paling gembira di hari raya. Dengan berpakaian kebangsaan mereka biasanya akan kelihatan sangat comel. Cuba rakamkan saat-saat mereka menjamah juadah, mengira duit raya mahu pun bermain. Untuk impak yang lebih menarik cuba gunakan prime lens dengan bukaan yang besar bagi mengasingkan latar belakang. Zoom lens 70-200 mm juga sangat baik untuk portraiture kandid.
- Potraiture orang tua – Bila sekali sekala pulang menziarah orang-orang tua seperti nenek, atuk, pakcik, makcik dan lain-lain lagi tentu lebih menarik jika dapat merakamkan potret mereka. Ianya seringkali menjadi subjek menarik terutama tekstur kulit mereka. Lebih tua, lebih menarik teksturnya dengan kedutan pada wajah..
- Group potret – Ini adalah satu kemestian. Fotografi satu keluarga, gabungan keluarga dan saudara-mara dalam kumpulan besar, sepupu-sepupu dan lain-lain lagi. Pakaian mereka, terutama pakaian kebangsaan yang berwarna-warni memang akan memberikan impak amat menarik pada foto. Cuma jika boleh jangan hadkan potret berkumpulan ini dengan pose biasa sahaja. Cubalah pelbagai kedudukan dan keadaan, bahkan juga kandid shoot.
- Makanan – satu lagi subjek menarik. Di hari raya tentunya banyak juadah yang sedap-sedap. Apa kata di pagi raya tu masuk kedapur tengok mak masak apa. Kemudian letakkan makanan dalam pinggan yang sesuai. Kreatifkan diri anda dengan menghias makanan tersebut. Untuk gambar makanan selain cara persembahannya, pencahayaan juga adalah sangat penting. Saya rekomen anda menggunakan lensa 50 mm f1.8 untuk ini kerana ianya dapat membantu mendapatkan cahaya yang mencukupi.
- Bunga api – ianya memang amat sinonim dengan perayaan. Impak terbaik tentunya di waktu malam. Cuba shutter speed yang agak perlahan bagi mendapatkan light trail. Cuba juga kombinasi slow shutter speed dan juga flashlight. Slow shutter speed akan memberikan anda light trail manakala flashlight pula bertindak memegunkan pergerakan. Cuba pada shutter speed 1/30 dulu. Jika perlu kurangkan lagi speed. Tapi paling penting sila gunakan tripod.
- Shoot Detail – Untuk hari raya terdapat banyak detail yang boleh menjadi subjek menarik. Butang baju melayu, kerongsang, motif pada baju kurung seperti sulaman, manik-manik, batu-batu penghias tudung (lebih mahal tudung tentu lebih cantik batunya!), motif pada sampin dan banyak lagi. Cuma buka mata dan lihat sekeliling anda.
- Gambar di tanah perkuburan – Musim perayaan ini tanah perkuburan menjadi lebih meriah dari biasa. Selain pergi membaca surah yasin dan berdoa apakata bawa juga kamera anda. Cuba rakamkan portraiture orang sedang membaca yasin atau berdoa di kuburan. Cuba juga gunakan lensa wide anda untuk merakamkan lenskap tanah perkuburan. Selain itu boleh juga rakamkan detail pada batu nisan.
Maaf tak sempat nak load sample gambar kali ini. Agak kesuntukan masa. Dah baca semua yang di atas tu apa lagi? Masa untuk mencuba!