Fotografer Perkahwinan Masuk Penjara?
Gempak tak tajuk tu? Itu bukan aksi atau skrip dalam filem. Bukan cobaan! Tapi betul-betul. Memang baru-baru ni saya masuk ke Penjara Sungai Buloh. Tapi bukan sebab melakukan kesalahan, cuma shoot foto kahwin kat sana. Hehe..
Terima kasih kepada Hazwanee Amalina yang sudi mengambil saya sebagai official fotografer majlis perkahwinan beliau bersama Mohd Syuwari. Majlis akad nikah telah diadakan di Surau Kuarters Penjara Sungai Buloh. Upacara akad nikah bermula agak lewat. Majlis yang sepatutnya diadakan selepas asar hanya dapat dijalankan selepas pukul 6.00 petang. Ini berikutan cuaca buruk yang menyebabkan kesesakan lalu lintas dimerata tempat sekitar Lembah Kelang. Namun begitu alhamdulillah upacara akad nikah berjalan lancar.
Majlis resepsi pula berlangsung keesokannya di dewan kuarters penjara. Memang meriah majlis tersebut ditambah pula dengan sikap sporting ahli keluarga serta saudara mara pengantin. Ok lah. Tak nak cerita panjang kali ni. Lihatlah antara foto-foto untuk dikongsikan bersama.
Untuk sebarang pertanyaan tentang pakej fotografi sila hubungi saya di talian 017-3749707 atau 016-3937067.