Fotografi Perkahwinan – Majlis Bertandang Armi & Afiza


  • Sumo

Kali ini sekali lagi saya mendapat job fotografi perkahwinan di negeri Melaka. Lokasinya adalah di Alor Gajah bagi majlis bertandang pasangan Armi & Afiza atau Eija. Saya bertolak dari Kuala Lumpur seawal jam 7.00 pagi bagi memastikan saya sampai di Alor Gajah sebelum pukul 10.00 pagi dan juga untuk mengelakkan kesesakan lalulintas hujung minggu di Lebuhraya Utara Selatan. Alhamdulillah berkat pemanduan berhemah dan juga keadaan perjalanan yang lancar saya tiba di bandar Alor Gajah pada pukul 9.00 pagi. Di sana sempatlah saya breakfast roti canai dan teh tarik dulu untuk mengisi perut yang berkeroncong.

Selesai sarapan saya pun bergerak ke rumah pengantin yang terletak kira-kira sepuluh minit dari bandar Alor Gajah. Agak mudah juga untuk saya mencari rumah pengantin walau pun lokasinya tidak tertera di dalam GPS saya. Sesampainya di rumah pengantin seperti biasa tugasan pertama adalah untuk mengambil gambar persiapan pengantin. Kebetulan semasa saya sampai pengantin perempuan sudah pun dalam 20% siap. Jadi amat sesuai untuk saya mengambil sedikit gambar pengantin sedang disolek. Sementara pengantin sedang bersiap, diluar rumah pula para pekerja dan juga saudara mara sibuk dengan persiapan lain seperti menghias meja utama dan memasang peralatan audio dan juga karaoke.

Tema pakaian pengantin kali ini adalah warna hijau. Sepanjang tahun 2012 memang tidak ramai pengantin menggunakan tema hijau. Namun begitu warna yang mereka pilih ini cukup cantik. Mereka mengadunkan hijau dari pelbagai tone yang berbeza. Anda boleh lihat bagai mana mereka memadankan warna ini melalui gambar-gambar di bawah.

Rombongan pengantin perempuan yang kebanyakannnya datang dari Kuala Lipis, Pahang tiba hampir pukul 12.00. Ini memandangkan perarakan akan dijalankan lebih awal iaitu pada pukul 12.30 tengahari. Ini memandangkan keadaan cuaca hujung tahun yang sering hujan pada waktu petang. Sebaik saja semuanya telah bersedia pasangan pengantin pun diarak menuju ke pelamin. Ini disusuli dengan upacara makan beradab dan seterusnya memotong kek.

Acara rasmi tamat hampir pukul 3.00 petang. Pengantin kemudiannya berehat seketika sebelum saya bersama mereka bergerak ke lokasi outdoor photoshoot. Apa yang melucukan adalah Armi walaupun berasal dari Melaka namun beliau tidak begitu arif tentang lokasi outdoor di Alor Gajah. Nasib baiklah saya sempat google untuk mencari lokasi. Akhirnya saya membawa mereka ke sebuah empangan yang letaknya hanya kira 10 minit memandu dari rumah pengantin. Armi kata memang dia tak tau tempat tu! Hahaha..

Hampir sejam di lokasi akhirnya kami menutup sesi fotografi pada hari itu. Saya pun bergerak balik ke KL dengan rasa puas hati. Dipaparkan di sini beberapa hasil kerja pada hari tersebut.

IMG_6033 (2) edited1-w

IMG_6083 (2) edited1-w

IMG_6120 (2) edited1-w

IMG_6111 edited1-w

IMG_6386 edited1-w

IMG_6467 edited1-w

IMG_6549 edited1-w

IMG_6629 edited1-w

IMG_6633 edited1-w

IMG_6565 edited1-w

Untuk sebarang pertanyaan tentang pakej fotografi anda boleh hubungi saya di 017-3749707 atau 016-3937067. Sila rujuk link pakej fotografi perkahwinan untuk detail pakej.