Majlis Perkahwinan Nazimatul Azma & Leftenan Zulfadly


  • Sumo
Baru-baru ini saya balik kampung lagi di Temerloh untuk fotografi perkahwinan Nazimatul Azma dan juga Leftenan Zulfadly. Majlis berlangsung di Felda Jenderak Utara yang letaknya kira-kira 35km dari bandar Temerloh. Nazimatul ni sebenarnya saya pernah jumpa semasa saya menjalankan fotografi untuk Uya dan Rayza di Temerloh pada awal tahun 2012. Alhamdulillah, setelah melihat hasil kerja saya mereka memberi kepercayaan pada saya untuk menjadi jurugambar rasmi perkahwinan mereka pula.
Semasa pasangan ini membuat tempahan mereka ada bercerita serba sedikit tentang majlis mereka yang akan mengikut adat istiadat ketenteraan. Saya memang amat teruja bila dapat meliputi perkahwinan dengan istiadat tentera ni.
Majlis yang dilangsungkan sehari ini dimulakan dengan upacara akad nikah di masjid berdekatan. Akad nikah berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Selesai akad nikah pengantin bergegas pulang bagi persiapan untuk majlis persandingan. Kerana keadaan cuaca yang sering hujan diwaktu petang ketika ini, acara bersanding diadakan lebih awal. Sebenarnya hujan telahpun turun sebaik selesai upacara akad nikah. Tapi alhamdulillah, hujan berhenti menjelang perarakan.
Bagi majlis persandingan, pengantin lelaki yang bertugas di Tentera Laut Diraja Malaysia lengkap berpakaian tentera serba putih. Mereka diiringi oleh pasukan membawa pedang. Perarakan penuh istiadat ini kalau tak silap saya dinamakan `sword bearer’. Perarakan ini turut diiringi oleh pasukan bagpipe. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan berjalan di bawah pedang yang disilangkan oleh anggota pasukan. Mereka seterusnya berarak menuju pelamin untuk upacara persandingan dan merenjis. Acara merenjis disempurnakan oleh ibubapa pengantin, saudara mara terdekat, sahabat handai dan juga anggota pasukan.
Seterusnya diadakan pula acara memotong kek. Sekali lagi ianya diadakan mengikut istiadat ketenteraan yang mana pedang-pedang disilangkan di atas kek ketika pasangan pengantin memotong kek.  Menyusul selepas itu adalah upacara makan beradap. Bagi melengkapkan majlis, acara terakhir adalah bergambar bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.
Seperti biasa, penutup bagi hari itu adalah acara fotografi outdoor. Pada mulanya pengantin mahukan penggambaran di Stesen Keretapi Kuala Krau sahaja kerana jaraknya yang berdekatan dengan rumah mereka. Saya pula cenderung untuk mengajak mereka ke Stesen Keretapi Mentakab. Saya pernah lihat lokasi ini dan memang teringin untuk mengadakan outdoor photoshoot perkahwinan di sini. Akhirnya kami mencapai persetujuan dan travel hampir 40km untuk ke Stesen Keretapi Mentakab setelah yakin hari takkan hujan.
Rupanya Stesen Keretapi Mentakab memang cukup popular sebagai lokasi photoshoot perkahwinan bagi pengantin sekitar Temerloh dan Mentakab. Semasa kami membuat sesi fotografi terdapat 2-3 lagi pasangan pengantin sedang melakukan sesi outdoor. Kami sangkakan panas berpanjangan, rupanya hujan di tengah jalan. 😉 Sesi kami tergendala sebentar kerana hujan tiba-tiba turun. Mujur kami sempat berteduh. Dan mujur juga hujan cuma sekejap iaitu dalam 5 minit. Ini membolehkan kami menyambung semula sesi fotografi. Setelah puas hati dan masing-masing kepenatan sesi ditamatkan pada pukul 6.00 petang.
Sebaik saja selesai, tiba-tiba saja hujan turun dengan lebat. Bergegas kami berlari mencari tempat berteduh. Bukan saja hujan lebat, bahkan angin turut kencang. Apa-apa pun tentulah keselamatan kamera yang saya utamakan supaya tak basah terkena hujan. Agak lama juga kami tersangkut iaitu hampir 20 minit. namun begitu segala-galanya selesai tanpa sebarang kejadian buruk. Untuk tatapan semua di sini saya postkan beberapa hasil gambar pada hari tersebut. Untuk memastikan blog ini terus hidup dan terus meriah sila kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda melalui butang perkongsian di bawah. Bagi yang berminat untuk menggunakan khidmat fotografi kami dihari perkahwinan anda bolehlah hubungi saya di 017-3749707 atau 016-3937067.

IMG_0172 edited
IMG_0173 edited
IMG_5530 edited
IMG_5534 edited
IMG_5535 edited
IMG_0264 edited
IMG_0464 edited
IMG_0476 edited
IMG_0493 edited
IMG_0498 edited
IMG_0511 edited
IMG_0529 edited
IMG_0535 edited
IMG_0548 edited