Merancang Resepsi Perkahwinan
2 likes
Di Malaysia ada 2 jenis resepsi perkahwinan yang biasa dijalankan. Yang pertama dan sering diadakan adalah jenis buffet yang mana tetamu datang dan mengambil makanan mereka sendiri dan akan duduk di meja secara bebas. Yang kedua adalah resepsi dengan cara makanan terhidang di meja (table serve).
Resepsi jenis pertama adalah lebih mudah untuk dijalankan. Tuan rumah hanya perlu menyediakan meja secukupnya beserta dengan makanan dalam anggaran jumlah tetamu yang bakal hadir. Tetamu bebas untuk duduk di meja mana yang mereka suka kecuali meja VIP. Perancangan dan aturcaranya agak mudah. Resepsi jenis kedua walaubagaimanapun memerlukan perancangan yang lebih teliti.
Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu diambil kira bagi resepsi jenis table serve.
- Buat aturcara perjalanan majlis – adakan perbincangan dengan perancang perkahwinan anda bagi menetapkan aturcara majlis secara terperinci. Aturkan jadual minit demi minit. Ini amat penting agar tiada perkara yang terlepas pandang.
- Jika majlis perkahwinan anda mempunyai tema dari segi pakaian atau warna sila nyatakan dengan jelas di dalam kad jemputan. Ini bagi mengelakkan ada tetamu yang terasa out of place kerana tidak berpakaian mengikut tema yang ditetapkan.
- Buat senarai lengkap tetamu yang telah mengesahkan kedatangan. Susun mereka mengikut nombor meja. Biasanya resepsi di hotel memperuntukkan 10 orang untuk satu meja. Ini penting kerana kita sudah tentu tidak mahu ada tetamu yang tiada tempat duduk. Disamping itu kita juga tidak mahu meja berlebihan tanpa penghuni untuk mengelakkan pembaziran. Biasanya tetamu perlu mengesahkan kedatangan sebelum tarikh tertentu bagi memudahkan perancangan. Bila membuat susunan tetamu dan meja adalah penting untuk menempatkan mereka dikalangan orang yang dikenali atau biasa. Bayangkan situasi di mana 8 orang tetamu di meja saling mengenali satu sama lain dan rancak berbual, manakala ada sepasang odd couple yang duduk di meja yang sama dan tak boleh join topik perbualan. Sudah tentu mereka akan rasa terasing dan tidak selesa.
- Pastikan setiap meja mempunyai label atau nombor. Jika ada tetamu VIP anda bolehlah menyediakan meja untuk VIP. Label yang jelas memudahkan tetamu mencari dan mengecam meja masing-masing. Adalah tidak manis untuk meminta tetamu bangun ditengah-tengah majlis akibat tersalah duduk meja yang dikhaskan untuk tetamu lain.
- Meja pendaftaran tetamu – Sebaik tiba tetamu hendaklah dibawa ke meja pendaftaran. Meja pendaftaran perlulah mempunyai senarai lengkap tetamu beserta nombor meja mereka. Di meja pendaftaran tetamu akan mengesahkan kedatangan mereka dan diberitahu nombor meja mereka. Di sini juga biasanya tetamu akan diberikan door gift. Penyambut tetamu seterusnya akan menunjukkan kepada mereka meja yang ditetapkan.
- Patuhi aturcara yang ditetapkan – kita tidaklah mengharapkan resepsi perkahwinan mempunyai ketepatan seratus peratus. Namun jangan biarkan tetamu tertunggu-tunggu dalam keadaan bosan. Anda mungkin boleh menyediakan ruang untuk tetamu menikmati koktel dan makanan ringan sambil beramah mesra sebelum anda dan pasangan membuat penampilan bersejarah ke dewan persandingan. Sediakan juga pipe music agar tetamu berada di dalam suasana dan mood yang betul.
- Penuhi masa terluang – Ketika pengantin membuat persalinan untuk pakaian seterusnya penuhkan masa sebaiknya agar tetamu tidak bosan. Antara pilihan yang popular adalah persembahan muzik. Janganlah pula buat konsert rock. Antara yang sesuai untuk majlis resepsi perkahwinan adalah lounge band, kumpulan ghazal mahupun gamelan. Persembahan tarian tradisional juga merupakan alternatif yang sesuai.
- Dapatkan pengacara majlis yang dapat mengawal majlis dan menghidupkan suasana. Jika anda mempunyai bajet yang mencukupi anda mungkin boleh menggunakan khidmat pengacara profesional. Mereka ini amat mahir dalam mengawal perjalanan majlis dan juga menghidupkan suasana. Namun begitu harga mereka bukanlah murah. Jangan bimbang, sebenarnya terdapat ramai pengacara berbakat dikalangan rakan-rakan atau pun saudara-mara anda. Inilah waktunya untuk mereka menunjukkan bakat. Apa yang penting adalah persediaan yang baik seperti skrip dan aturcara majlis yang jelas. Jangan lupa hargai mereka dengan sedikit token.
- Jika tetamu anda ramai dan tidak semua dapat dimuatkan di dalam dewan utama, pastikan terdapat live broadcast bagi tetamu yang duduk di ruang berasingan. Ini bagi memastikan semua tetamu dapat melihat apa yang sedang berlangsung di pentas utama. Anda boleh bertanyakan pihak hotel atau pun pihak dewan jika mereka boleh menyediakan khidmat live broadcast. Jika tidak anda boleh mendapatkan khidmat tersebut melalui pihak kami di talian 017-3749707 atau 016-3937067.
- Pastikan anda melakukan raptai penuh dan semua yang terlibat secara langsung dalam majlis perlu hadir untuk raptai. Ini termasuklah pengapit, pengacara, pembawa bunga manggar, gadis bunga (flower girl la tu), pasukan kompang dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesemua yang terlibat dan mengambil bahagian tahu tentang tugas masing-masing dan seterusnya memastikan kelancaran majlis.
Anda telah melakukan perancangan yang rapi dan mengambil kira semua butir-butir di atas. Segala-galanya haruslah direkodkan dalam bentuk fotografi mahu pun video untuk kenangan dimasa akan datang. Oleh itu pastikan anda mendapatkan fotografer dan videografer yang berpengalaman dan tahu selok belok majlis perkahwinan. Fotografer berpengalaman tahu apa yang boleh dan tak boleh dibuat dalam sesuatu majlis. Mereka juga tahu dari sudut mana foto yang menarik patut diambil, bila saat-saat yang dramatik dan sesuai untuk dirakamkan, bila wajah-wajah riang akan terbit atau pun bila airmata gembira akan mengalir.
Adalah juga penting untuk mendapatkan fotografer dan videografer yang sudah biasa saling bekerjasama bagi memastikan mereka dapat berkomunikasi dengan baik dan menyokong antara satu sama lain. Kami menawarkan pakej fotografi perkahwinan pada harga yang menarik. Pakej fotografi perkahwinan kami bermula dari harga RM1000.
Untuk kerja-kerja videografi dan juga cinematografi pula sudah tersedia maklum bahawa kami adalah partner dengan team Pixelworks Studio. Maka itu kerjasama dan teamwork antara fotografer dan cinematografer adalah sangat baik. Untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej boleh hubungi saya di talian 017-3749707 atau 016-3937067 atau pun e-mail nikhamidi@gmail.com
Nota: Anda dibenarkan berkongsi artikel ini dengan rakan melalui butang perkongsian di bawah.
Nik Hamidi, Principal Photographer
PIXELWORKS PHOTOGRAPHY & DESIGN Damansara
blog: www.nikhamidi.com
facebook: www.facebook.com/nikhamidiphotography
+60 16-393 7067 / 6017-3749707