Merancang Perkahwinan di Tahun 2013?
0 likes
Kita sekarang sudah pun memasuki suku terakhir 2012. Cepat benar masa berlalu rasanya. Tak lama lagi akan bermulalah cuti penggal terakhir persekolahan. Bagi jurugambar perkahwinan inilah tempoh yang paling sebok setiap tahun. Apa tidaknya memang menjadi kebiasaan tempoh cuti sekolah yang panjang ini menjadi waktu kegemaran ramai untuk mengadakan kenduri-kendara dan kerja kahwin.
Ada juga yang mengadu tentang berat badan yang akan naik dalam tempoh tersebut. Apa taknya asyik makan nasi minyak sahaja dalam tempoh tersebut. Ada setengah tu yang menerima jemputan bertindih dalam hari yang sama.
Bagi jurugambar perkahwinan, jadual tugas perlu disusun dengan betul. Rekod tugasan perlu dikemas kini agar tiada tempahan yang bertindih. Disamping itu perlu dipastikan agar semua jurugambar di dalam pasukan mendapat jadual tugas yang terkini dan telah pun menandakan tugasan dalam diari masing-masing. Ini bukan kerja main-main, kalau tak betul pengurusan silap-silap haribulan ada pulak pengantin yang takde jurugambar nanti.
Baiklah, sebagai panduan untuk merancang majlis perkahwinan pada tahun 2013 di sini saya kongsikan bersama anda takwim sekolah 2013. Bagi perkahwinan yang akan diadakan dalam musim cuti sekolah anda adalah dinasihatkan untuk menempah jurugambar perkahwinan lebih awal. Ini kerana kebiasaannya musim cuti sekolah jadual jurugambar perkahwinan memang cepat penuh.
Untuk sebarang pertanyaan tentang pakej fotografi 2013 dan juga tempahan awal bolehlah hubungi saya di talian 6017-3749707 dan 6016-3937067 atau pun BBM 28D88C2F.