Tips Fotografi – Pemfokusan Dalaman Sepenuhnya


  • Sumo

Semasa anda membuat kajian tentang lensa yang hendak dibeli pernahkan anda ternampak perkataan `Fully Internal Focusing’? Saya belum jumpa lagi apakah terjemahannya dalam Bahasa Malaysia tapi pada pendapat saya Pemfokusan Dalaman Sepenuhnya mungkin perkataan yang sesuai. Jika ada antara anda yang tahu terjemahan sebenar silalah e-mail saya.Fully Internal Focusing merujuk kepada ciri-ciri di mana elemen depan pada lensa tidak berputar mahupun memanjang (atau memendek) semasa memfokus, baik secara automatik atau pun manual. Ini bermakna hanya bahagian dalam lensa yang berubah bagi mencapai fokus.

Apakah kelebihan jika lensa mempunyai ciri ini? Bagi mereka yang meminati fotografi landskap ciri lens tidak berputar semasa memfokus adalah satu yang amat diperlukan. Ini terutama sekali jika menggunakan graduated Neutral Density (ND grad) filter. ND grad merupakan filter yang sering digunakan bagi menggelapkan langit dan awan untuk mendapatkan lebih detail pada awan. Jika menggunakan filter ini bahagian gelap hendaklah dipastikan sentiasa berada di sebelah atas. Maka itu adalah perlu elemen depan lensa tidak berputar semasa memfokus.

Perkara yang sama juga diperlukan jika menggunakan polarising filter. Untuk menggunakan polarising filter kita perlu memutarkan filter tersebut bagi mendapatkan kesan yang dikehendaki. Fully internal focusing system ini dapat mengelakkan dari efek tersebut hilang atau lari semasa memfokus.

Bagaimana untuk mengenali ciri-ciri lensa sebegini? Mudah saja. Semasa anda mencuba lensa, fokuskan pada objek yang anda inginkan. Lihat elemen depan lensa. Adakah ia berputar atau tidak. Jika ia tidak berputar ini bermakna lensa tersebut mempunyai ciri-ciri pemfokusan dalaman. Biasanya lensa dengan sistem pemfokusan dalaman ini menggunakan lens hood kelopak (petal shape).

Sistem ini biasa didapati pada lensa khusus untuk landskap seperti Canon EF-s 10-22mm, Nikon AF-S Dx 10-24mm, Sigma 10-20mm f3.5, Tamron SP AF 10-24mm dan Tokina 11-16mm. Jika anda perhatikan kesemuanya merupakan wide angle lens. Terdapat juga lensa lain dengan ciri pemfokusan dalaman ini seperti Tamron 17-50 f2.8 VC dan juga Sigma 18-50mm f2.8 Ex DC.

Canon EFS 10-22mm

Tamron 17-50mm f2.8 VC

Sigma 18-50mm f2.8

Nikon 10-24mm

Untuk membantu blog ini berkembang sila kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan melalui butang sharing di bawah. Tiada bayaran dikenakan untuk berkongsi. Sharing is caring!