Fotografi Majlis Harijadi Tariq


  • Sumo

Rezeki dari tuhan datang dalam berbagai-bagai cara. Untuk job yang saya dapat kali ini sebenarnya boleh dikatakan disaat-saat akhir juga. Pada suatu petang saya balik agak awal dari pejabat. Kalau sampai awal biasanya saya akan melakukan jogging di taman berhampiran rumah yang dikenali sebagai Sutera Spring. Kebiasaannya saya akan membawa bersama handphone untuk merekod jarak dan masa melalui GPS.

Belum pun tamat satu pusingan tiba-tiba handset saya berbunyi. “Aduh.. siapa pulak kacau aku jogging ni”, bisik saya bila melihat nombor tak dikenali di skrin. Dalam keadaan teragak-agak saya akhirnya menjawab panggilan namun tidak menghentikan larian. Pemanggil memperkenalkan dirinya sebagai Dr Zabrina. Dr Zabrina menerangkan tujuannya iaitu ingin mengadakan majlis hari lahir yang pertama untuk anak lelakinya. “Majlis akan diadakan pada hari Sabtu ini di Seremban 2”, kata Dr Zabrina. Ini bermakna majlis akan berlangsung 3 hari lagi dan beliau memerlukan seorang jurugambar yang dapat merakamkan suasana majlis beserta detailnya. Beliau telah melihat hasil kerja saya di internet dan sangat berpuashati dengan hasilnya. Maka itu beliau tidak ragu-ragu untuk menggunakan khidmat saya pada majlis yang amat bermakna baginya sekeluarga.

Dr Zabrina juga sempat memberitahu bahawa Tariq amat istimewa bagi dia dan suami kerana mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan cahaya mata. Dengan besar hatinya saya pun menerima job ini.

Pada hari majlis tersebut iaitu pada 8 Sep 2012, saya pun bertolak ke Seremban. Target saya ialah untuk tiba di rumah Dr Zabrina sebelum pukul 3.00 petang. Alhamdulillah saya tiba tepat seperti dijangka.

Setibanya di sana persiapan sedang rancak dijalankan. Nampaknya ini majlis harijadi yang agak besar. Di depan rumah sudah terpacak khemah seperti majlis kenduri kahwin. Di luar saya ternampak kenderaan dan juga banner Restoran Al-Rawsha, sebuah restoran makanan arab yang terkenal di Kuala Lumpur. “Memang confirm makan sedap ni!”, bisik saya dalam hati. Memang betul pun. Hidangan utama pada hari tersebut adalah `mandy lamb’ dan juga `mandy chicken’. Turut dihidangkan berupa kuih-muih arab, manisan serta buah-buahan. Juga terdapat sudut aiskrim, gula kapas dan juga pop corn.

Birthday boy sudah siap berpakaian untuk meraikan ulangtahun pertama. Kek hari jadi juga sangat cantik dihias seperti zoo dengan kartun singa, zirafah, monyet dan lain-lain haiwan.

Sementara itu, untuk menarik perhatian kanak-kanak tuan rumah turut menyediakan ahli silap mata serta permainan sand art serta lukisan tatoo. Pada mulanya saya menjangka majlis akan beransur reda menjelang pukul 7 malam.   Namun jangkaan saya meleset kerana masih ramai tetamu yang datang. Saya yang pada mulanya memberitahu akan tamat shooting sekitar pukul 7.00 rasa tak sampai hati untuk meninggalkan majlis. Sekitar jam 7.30 saya berhenti untuk solat maghrib dan kembali menyambung fotografi untuk kira-kira setengah jam lagi.

Tugasan ditamatkan pada pukul 8.00 malam dalam keadaan perut yang kenyang dengan hidangan yang lazat-lazat. Al-Rawsha beb! Oklah, untuk tatapan semua macam biasa saya poskan beberapa keping gambar.

Jika anda berminat untuk khidmat fotografi harijadi boleh terus menghubungi saya di 017-3749707 atau 016-3937067.

IMG_9474 editedw

IMG_4755 editedw

IMG_4795 editedw

IMG_9573 editedw

IMG_4813 editedw

IMG_9598 editedw

IMG_9639 editedw

IMG_9656 editedw

IMG_4863 editedw

IMG_9715 editedw

IMG_9756 editedw

IMG_4933 editedw

IMG_9765 editedw

IMG_9772 editedw

IMG_9783 editedw

IMG_9792 editedw