Destinasi Bulan Madu – Hard Rock Hotel Penang
Selalu asyik cerita pasal fotografi aje, hari ni kita ubah topik sikit ya. Tapi takde la lari jauh pun dari tujuan asal blog ini iaitu memberi informasi kepada bakal-bakal pengantin beserta dengan fotografi.
Jadi pada kali ini kita akan tinjau destinasi untuk pengantin berbulan madu. Tempatnya taklah jauh sangat – seberang laut jugak – iaitu di Pulau Pinang. Destinasi yang saya maksudkan ialah Hard Rock Hotel di Batu Ferringhi. Mula dibuka pada Sep 2009, hotel ini akan menyambut ulang tahunnya yang ke-3 pada 16 September 2012.
Hotel ini mempunyai 250 bilik dengan gaya kontemporari. Hard Rock Hotel sepertimana yang diketahui begitu sinonim dengan tema muzik dan hiburan. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan wi-fi, Ipod docking dan skrin LCD 32 inci. Bilik tidurnya memang selesa dan mewah. Cuma kena berhati-hati dengan konsep bilik mandinya. Cermin bilik mandi boleh dibuka dari luar, jadi room mate anda boleh aje buka dan tengok anda mandi anytime!
Hiasan dalaman hotel ini baik di bilik tidur, balkoni, restoran mahu pun lobi hotel dipenuhi dengan memorabilia dan imej ikon-ikon muzik.
Dari segi hiburan pula anda tak akan sunyi kerana terdapat dua venue live music yang berasingan di waktu malam. Hard Rock Cafe menyajikan live band yang agak kontemporari dan lebih berat. Sementara di lobi Hard Rock Hotel pula menyediakan satu lagi live band yang lebih ringan dan santai konsepnya.
Kalau nak cerita panjang memang lambat lagi nak habis ni. Apa-apa pun Hard Rock Hotel Penang merupakan satu destinasi tempatan yang sesuai untuk bulan madu. Untuk informasi tentang rate dan juga tempahan sila lawati link ini.
Kalau cakap aje mungkin susah nak bayangkan betul tak, so apa kata kita tengok foto.