21 Checklist Majlis Perkahwinan – Berapa Bersediakah Anda?
Apakhabar anda semua? Diam tak diam kita sudahpun berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia. Bagi jurugambar perkahwinan bulan Ramadhan merupakan bulan berehat dari aktiviti fotografi. Biasanya waktu yang terluang digunakan sepenuhnya untuk membereskan kerja-kerja editing dan mengemaskini fail-fail. Inilah juga waktu yang sesuai untuk menghantar peralatan fotografi bagi diservis.
Agaknya tentu ramai yang sedang merancang untuk majlis perkahwinan selepas hari raya sehinggalah ke hujung tahun. Bagi bakal-bakal pengantin yang yang sudah menetapkan tarikh perkahwinan persiapan seharusnya telah pun mula dibuat. Dah buat checklist ke? Berikut merupakan senarai beberapa perkara penting yang seharusnya ada dalam semakan anda. Senarai ini tidak mengikut senarai keutamaan.
- Tempahan Dewan
- Tempahan Katering
- Tempahan kemah dan kanopi
- Menetapkan warna dan tema
- Tempahan pakaian perkahwinan
- Tempahan pelamin
- Tempahan deejay dan sound system
- Jurumakeup
- Kad jemputan
- Senarai jemputan
- Pasukan kompang
- Pasukan silat
- Penanda arah jalan
- Tempahan hotel bagi tempat tinggal tetamu serta saudara mara
- Menghantar permohonan kepada pejabat kadi serta menempah waktu jurunikah.
- Membeli barang-barang hantaran
- Tempahan gubahan hantaran jika tidak membuatnya sendiri.
- Cenderamata untuk tetamu
- Cenderamata untuk VIP
- Tempahan videographer
- Tempahan jurugambar
Jika anda belum menempah jurugambar jangan panik. Mungkin ini rezeki anda untuk mendapatkan pakej fotografi perkahwinan istimewa dari kami pada harga yang amat berbaloi. Ini merupakan salah satu pakej terbaik yang pernah kami lancarkan. Buat pertama kalinya kami memasukkan beberapa tambahan istimewa untuk anda. Ini merupakan pakej istimewa sepanjang bulan Ramadhan dan juga bulan Kemerdekaan nanti.
Apa yang anda boleh dapat dalam pakej ini? Dapatkan detail pakej tersebut di sini sekarang!
Kongsikan maklumat ini dengan rakan-rakan atau saudara-mara anda dengan butang perkongsian di bawah. Sharing is caring.