Fotografi Majlis Akad Nikah – Saiful Hisham & Ainoor


  • Sumo

Kali ini saya ingin berkongsi pula dengan anda semua gambar-gambar dari majlis akad nikah Saiful Hisham & Ainoor yang saya liputi di Seremban pada awal Mei 2012. Jika anda ada mengikuti posting saya baru-baru ini tentang Hotel Sri Senawang, saya sebenarnya tinggal di sana untuk majlis inilah.

 

Majlis akad nikah ini diadakan selepas solat Isyak di rumah pengantin perempuan. Namun begitu saya tiba di Senawang agak awal iaitu lebih kurang pukul 2.30 petang. Ini bagi membolehkan saya check-in dulu dan membuat pemeriksaan ke atas semua peralatan. Setibanya di hotel penginapan receptionist menyatakan Ainoor telah mengambil kunci. Bila saya menelefon Ainoor dia rupaya sedang berada di Tesco Senawang. Amboi pengantin ni, malam nak nikah pun sempat lagi dia lari ke Tesco. Kalau zaman dulu-dulu memang orang tua-tua tak benarkan pengantin berjalan-jalan apatah lagi menjelang majlis akad nikah. Tapi sekarang dah moden daaa…  Sebaik menerima kunci dan check in saya pun berehat sebentar.

 

Saya bergerak ke rumah pengantin sekitar 6.30 petang. Rumah pengantin letaknya tak jauh dari tempat penginapan. Setibanya di sana saya menunggu ketibaan cinematografi dari team Pixelworks. Hari itu Radzi dan Nizam yang datang.   Kemudian kami menunggu pula ketibaan jurusolek. Rupa-rupanya hari itu solekan adalah dari Sheila Mohamad. Saya pernah bekerjasama dengan beliau di majlis akad nikah dan persandingan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara kira-kira 3 tahun lepas.

 

Pada malam akad nikah pasangan pengantin mengenakan pakaian berwarna putih. Memang konsep warna putih amat popular dikenakan bagi majlis akad nikah. Putih melambangkan kesucian – satu permulaan untuk pasangan yang akan memulakan hidup baru dan mencorak kehidupan mereka.

 

Selesai sahaja solat Isyak, rombongan pengantin lelaki pun tiba. Acara didahului dengan upacara pertunangan ringkas. Ianya kemudian diikuti dengan upacara akad nikah. Akad dilakukan sendiri oleh bapa Ainoor. Ianya berlangsung dengan lancar dan akhirnya kedua-duanya selamat diijab-kabulkan dengan sekali lafaz sahaja.

 

Di sini saya tampilkan beberapa foto dari majlis tersebut untuk tatapan anda semua.
IMG_8440 edt2

IMG_8465 edt2

IMG_8589 edt2

IMG_7967 edited01

IMG_8731 edt2

IMG_8842 edt2

IMG_8848 edt2

IMG_8879 edt2

IMG_8894 edited01

IMG_8896 edt2

IMG_8865 edited01

IMG_8624 edt2

IMG_8495 edt2

Untuk sebarang pertanyaan tentang pakej fotografi boleh hubungi saya di Pixelworks Damansara 017-3749707 atau 016-3937067.  Untuk sinematografi pula boleh hubungi Pixelworks Shah Alam di 012-2224307.

 

Foto dan editing: Nik Hamidi, Pixelworks Damansara (017-3749707/016-3937067)