Majlis Pertunangan Norehan & Azam
Majlis pertunangan Norehan & Azam menutup tirai fotografi saya untuk bulan April 2012. Majlis telah diadakan di Kampung Gunung Panjang, Gopeng, Perak. Bagi yang tidak tahu, Kg Gunung Panjang ini terletak berhampiran dengan Gua Tempurung. Untuk informasi tentang Gua Tempurung sila lawati laman web Gua Tempurung.
Cukup pasal Gua Tempurung. Tujuan posting kali ini adalah tentang majlis pertunangan Norehan. Sebenarnya job ini cuma diconfirmkan disaat akhir. Saya bertolak ke Gopeng dari Kuala Lumpur seawal jam 6.30 pagi iaitu selepas solat subuh. Kemudian berhenti seketika di R & R Rawang untuk bersarapan nasi lemak dan teh tarik. Saya sampai di Gopeng pada pukul 8.30 pagi tetapi menghadapi masalah sedikit untuk mencari rumah Norehan kerana panggilan telefon tak berjawab. Saya terpaksa menunggu jurusolek di masjid Gunung Panjang bagi mendapatkan arah ke rumah pelanggan. Rupanya dia pun menghadapi masalah yang sama iaitu panggilan tak berjawab. Tapi akhirnya kami berjaya mencari rumah pelanggan dan tiba pada pukul 9.30 pagi. Hanya dalam pukul 10.00 pagi barulah pelanggan muncul. Rupa-rupanya dia baru selesai mandi. “Alamak! Majlis nak mula pukul 11.00 pagi.. macam mana ni?”, bisik jurusolek. Biasanya solekan yang sempurna memerlukan tempoh dalam 2 jam termasuk menyiapkan tudung dan sebagainya.
Dengan segera jurusolek pun memulakan tugas dan saya pun mula mengambil foto apa-apa yang patut termasuklah foto barang-barang hantaran. Untuk pertunangan kebanyakan barang hantaran adalah terdiri daripada barang-barang makanan dan manisan seperti kuih, buah-buahan, coklat dan halwa. Tidak ketinggalan sepasang kain. Setelah mengambil beberapa keping gambar persolekan saya terpaksa menunggu di luar kerana rombongan meminang telah sampai. Setelah semuanya mengambil tempat, sesi perbincangan pun bermula. Tetapi di dalam bilik jurusolek masih lagi bertungkus lumus menyiapkan si gadis. Berkat kecekapan jurusolek akhirnya beliau dapat disiapkan tepat pada waktunya untuk acara seterusnya iaitu memakaikan gelang tangan.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan majlis selamat disempurnakan. Di sini saya kongsikan bersama anda beberapa keping foto majlis pertunangan tersebut untuk tatapan bersama.
Jurugambar: Nik Hamidi (Principal Photographer/Partner at Pixelworks Photography) – 0173749707/016-3936707
Make-up Artist: Fatimah Ishak – 017-3872916
Kongsikan posting ini dengan rakan-rakan anda melalui butang sharing di bawah: