Pelamin Perkahwinan Indah
Semasa saya meliputi majlis perkahwinan Dr Diana dan Dr Fakruradzi baru-baru ini saya amat tertarik dengan design pelamin persandingan mereka.
Saya sendiri sebenarnya tak tau apakah nama design pelamin yang macam ini. Untuk itu saya namakan ia pelamin tiga frame. Sebabnya ialah pelamin ini berasaskan pada tiga bingkai putih – setiap satu di kiri-kanan dan satu yang lebih besar di tengah-tengah.
Ianya berasaskan warna putih – bingkai, bangku, alas kaki, tempat letak pasu dan pasu bunga. Tirai di dalam frame pula menggunakan warna krim cair. Di dalam frame pada bahagian atas pula digantung bunga-bunga tiruan. Ada orang kata konsep bunga-bunga yang banyak pada pelamin sudah agak ketinggalan. Tapi pada saya hiasan bunga pada pelamin ini terutama bunga yang digantung memang cantik.
Langsir hijau di kiri-kanan tu sebenarnya ialah langsir tingkap. Di belakang, kiri dan kanan pelamin ini sebenarnya tingkap rumah. Terdapat dua lagi tingkap di kiri kanan pelamin ini yang membolehkan cahaya masuk dan memberi pencahayaan yang baik untuk pelamin. Sebagai jurugambar ciri-ciri pencahayaan pada pelamin ini memang memudahkan tugasan. Tidak ada candelier bergantungan di belakang pengantin yang akan menyebabkan backlighting yang teruk.
Siling kayu dengan warna natural menambahkan lagi keindahan pelamin ini.
Jika ada satu perkara yang akan saya ubah pada set ini mungkin saya akan menggunakan permaidani kosong tanpa corak dengan warna cair bagi menggantikan permaidani merah tersebut.
Apa pendapat anda tentang pelamin ini??