Oh! Canon EOS 5D Mk III


  • Sumo
Canon 5D mk III

Canon 5D mk III

 

Semalam pagi-pagi seorang kawan saya sms tanya pasal Canon EOS 5d Mk III. Dia nak tau sama ada kamera tu bagus atau tak… oh oh.. memang la kamera tu bagus sangat. Kamera impian saya tapi apa nak buat budget tak mencukupi untuk memiliki.  Rupanya kawan saya tu ada di Singapura dan sedang berkira-berkira nak beli. Apa yang saya dapat katakan ialah – “Kau beli aje la.. memang bagus sangat. Nanti kalau dah rasa-rasa tak nak pakai pass la kat aku”.. Manalah tau kan kot-kot rezeki melimpah 🙂

 

Canon EOS 5D Mk III ni adalah generasi ketiga 5D yang merupakan kamera full frame Canon. EOS 5D yang pertama dihasilkan pada tahun 2005. Pada ketika itu resolusinya cuma 12 megapiksel.  Pada tahun 2009 generasi kedua 5D iaitu 5D Mk II dihasilkan dengan resolusi sehingga 21mp. Fuh..! Hampir dua kali ganda!

 

Canon 5D mk III - Belakang

Canon 5D mk III - Belakang

 

5D Mk II ni merupakan satu breakthrough dalam bidang penghasilan video menggunakan dslr. Ianya digunakan secara komersil oleh syarikat-syarikat filem, pengiklanan dan produksi video.  Antaranya ialah filem Nasi Lemak Kopi O, Di Larang Masuk, bahkan juga filem Hollywood seperti Captain America: The First Avenger.

 

Apakah ciri-ciri menarik Canon EOS 5D Mk III ini? Ini dia sebahagian ciri menariknya:

 

  • 22.3 megapixel full frame
  • ISO 100-25,600 (boleh dilanjutkan sehingga 102,400!!)
  • Full HD video (1080p pada 24, 25 dan 30 frame sesaat atau 720p pada 50 dan 60 frame sesaat)
  • Sistem AF dengan 61 point – 5d Mk II cuma 9 point sahaja
  • Kebolehan continuos shoot pada 6 frame sesaat – 5d Mk II cuma 3.2fps sahaja
  • Viewfinder dengan liputan 100%
  • Skrin belakang 3.2 inci – baru puas hati tengok
  • Bracketing pada kadar 3, 5 dan 7 frame
  • Dua slot untuk memori kad – CF dan SD
  • Jack untuk mikrofon dan headfon – semestinya untuk video
  • HDR mode pada kadar 3 frame (ciri baru ni!)
  • Saiz  152x116x76mm
  • Berat dengan bateri 950g
Canon 5D mk III - Atas
Canon 5D mk III – Atas

 

Saingan utama kamera ini adalah Nikon D800.

 

Canon EOS 5D Mk III dijual pada harga antara RM10,800 hingga RM11,200 untuk badannya sahaja. Bagi yang dilengkapi dengan lens Canon 24-105mm f4/L IS ianya dijual pada harga antara RM13,800 hingga RM14,200. Huhuhu… memanglah tak mampu memiliki! Oh Canon EOS 5D Mk III .. alangkah hebatnya!