Hantaran Perkahwinan Unik


  • Sumo

Majlis perkahwinan tentunya tidak lengkap tanpa hantaran. Ianya merupakan satu adat kita yang telah ada sejak sekian lama dan terus hidup subur. Hantaran perkahwinan merupakan satu simbolik kepada satu jalinan perhubungan antara pasangan pengantin dan juga keluarga.

 

Posting saya pada kali ini bukanlah untuk menceritakan tentang sejarah mahu pun cara-cara gubahan hantaran. Saya bukan pakar dalam bidang ini.

 

Kali ini ini saya cuma ingin berkongsi satu hantaran unik untuk perkahwinan. Ia adalah hantaran perkahwinan antara Uya & Rayza yang telah pun berlangsung di Temerloh pada bulan Februari yang lalu.

 

Ia adalah sebiji bola bowling berwarna hijau. Saiznya saya kurang pasti. Rupa-rupanya Rayza ni memang kaki bowling dan dengar khabarnya cukup handal dalam bidang bowling ni. Maka tak hairanlah jika Uya menghadiahkan bola tersebut kepadanya.

 

Cuma saya agak risau apabila pembantu-pembantu mengangkat dulang hantaran tersebut. Risau takut-takut bola tersebut bergolek dan jatuh. Kalau jatuh atas kepala berat tuuu…

 

Hantaran Kahwin

 

Jurugambar dan editing:

Nik Hamidi

Partner/Principal Pixelworks Photography

6017-3749707 /6016-3937067