Fotografi Perkahwinan Kami – Testimonial 1


  • Sumo

 

Saya sebenarnya tak berapa favor nak letakkan testimonial. Nanti orang kata masuk bakul angkat sendiri pulak. Tapi rasanya kadang-kadang kita perlu jugak angkat diri sendiri. Dalam dunia yang serba pantas, serba maju dan penuh dengan saingan ini kita dah tak boleh main sembunyi-sembunyi lagi dah.

 

Ini sebenarnya merupakan salah satu testimonial yang masih saya simpan. Maka dapatlah dikongsikan bersama. Pelanggan saya ni namanya Azlyn. Majlis perkahwinannya pada 30 Dis 2011 dan 1 Jan 2012. Dulu dia pernah menjadi pelanggan saya untuk satu majlis tu. Then untuk majlis pertunangannya dia tak dapat menggunakan khidmat saya kerana saya ada komitmen lain.

 

Katanya dia agak kecewa dengan album pertunangannya (bukan hasil kerja saya), maka itu untuk majlis perkahwinannya awal-awal lagi dia dah book saya. Bila orang dah bagi kepercayaan dan berusaha mendapatkan kita, maka sewajarnyalah saya memberi yang terbaik. Ternyata usaha saya tak sia-sia. Azlyn gembira dengan hasilnya. Di bawah ini adalah paparan yang saya petik dari facebook beliau.

 

testimonial wedding photography

testimonial wedding photography

 

Jika anda memberi kepercayaan kepada saya sebagai jurugambar perkahwinan anda, saya akan berusaha memberikan kegembiraan kepada anda sebagaimana yang dialami oleh Azlyn.

 

Nik Hamidi

6017-3749707 atau 6016-3937067

 

Jadilah yang pertama berkongsi tentang perkara ini dengan rakan-rakan melalui butang di bawah: