Fotografi Tips – Lens Flare


  • Sumo

Dalam fotografi Lens Flare (saya tak pasti perkataan Bahasa Malaysianya) pada asasnya sering dielakkan kerana ia dianggap merosakkan gambar.  Lens flare merupakan limpahan cahaya pada lens akibat dari refleksi cahaya.

 

Ia biasanya terbentuk dalam dua cara iaitu:

  1.  jika sumber cahaya yang amat terang terdapat di dalam imej
  2. sumber cahaya tidak berada di dalam imej tetapi melimpah ke dalam lens.

 

Jika silauan terhasil melalui cara satu ia biasanya akan membentuk artifak-artifak di dalam gambar. Jika silauan terhasil melalui cara yang kedua ia biasanya akan membentuk kabus pada foto. Cara kedua ini juga akan membuatkan imej seakan-akan washout, mengurangkan kontras dan juga menjadikan imej desaturate.

 

Lens flare boleh dielakkan dengan cara menggunakan lens hood atau pun dengan mengelakkan mengambil gambar menghala ke arah sumber cahaya yang terang.

 

Tetapi di dalam fotografi peraturan tidak semestinya diikuti. Dengan perubahan masa dan fesyen, gaya fotografi juga turut berubah. Sekarang ini lens flare telah banyak digunakan oleh para jurugambar secara sengaja untuk menambahkan impak dan drama pada foto.

 

Di sini saya tampilkan beberapa contoh foto yang saya ambil dengan menggunakan elemen lens flare ini. Selamat mencuba!

 
IMG_2024 edited

IMG_2015 edited

IMG_6807 edit

IMG_7084 edit

IMG_0034 edited

IMG_1005 w

 

Nik Hamidi

Partner/Principal Photographer

Pixelworks Photography

6017-374 9707 / 6016-3937067