Fotografi Perkahwinan – Majlis Akad Nikah Uya & Rayza


  • Sumo

Sudah agak lama saya tidak berpeluang membuat fotografi perkahwinan di kampung saya iaitu Temerloh. Peluang tersebut akhirnya muncul bila saya mendapat assignment untuk perkahwinan Uya dan Rayza (Safura dan Rezza) di Temerloh pada 4 dan 5 Februari yang lepas.

 

Majlis tersebut berlangsung pada hari yang sama sepupu saya berkahwin di Kuala Lumpur. Maka apabila saya balik ke Temerloh, kedua ibubapa saya pula datang ke rumah saya di Kuala Lumpur dan saya terpaksa berkorban tidak dapat menghadiri majlis sepupu saya. Namun ini adalah perkara biasa bagi jurugambar perkahwinan.

 

Majlis akad nikah telah diadakan pada 4 Februari di rumah pengantin perempuan. Saya agak kagum kerana pada malam tersebut begitu ramai kawan-kawan Uya yang datang. Biasanya teman-temankan akan muncul pada hari resepsi, tetapi dalam kes ini di malam akad nikah pun sudah ramai mereka datang. Saya agak Uya ni tentu agak popular dan disenangi rakan-rakan sebab itu mereka beramai-ramai datang.

 

Dan satu perkara lagi yang best ialah menu malam tu ialah ikan patin masak tempoyak. Muahh!!

 

Ok lah.. dah banyak cerita, sekarang mari kita lihat beberapa gambar perkahwinan mereka untuk sesi malam akad nikah dahulu. Sesi resepsi akan menyusul kemudian. Harap sabar ya..

 
IMG_2878

IMG_2891

IMG_3085

IMG_3111

IMG_3124

IMG_3189

IMG_3204

IMG_3400

www.nikhamidi.com

IMG_3422

 

Jangan lupa datang lagi ke blog ini untuk posting seterusnya iaitu majlis resepsi mereka yang pastinya lebih meriah. Jika anda inginkan khidmat fotografi perkahwinan kami sila hubungi kami di 017-3749707 atau 016-3937067. Anda juga boleh menghantar pertanyaan di bahagian Contact Us dalam blog ini. Boleh juga LIKE saya di Facebook.